Saturday, March 2, 2013

Majlis Pengebumian Wira Negara

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah arini aku berkesempatan untuk mengiringi dan menziarahi arwah ASP Zulkifli di rumah beliau... aku menunggu ketibaan pesawat sejak malam tadi di Pangkalan Udara Gong Kedak tapi selepas tu aku dapat berita yang penerbangan terpaksa ditunda atas sebab sebab teknikal... So pagi tadi seawal jam 10 pagi aku dah tunggu ketibaan pesawat yang membawa jenazah ke pangkalan... alhamdulillah tepat jam 1500 pesawat CN235 mendarat di pangkalan... Pesawat disambut oleh pegawai dan anggota polis serta Sultan Terengganu yang bersetuju mencemar duli ke pangkalan... 15 minit selepas itu kami beramai ramai mengikuti konvoi yang membawa jenzah diiringi oleh Polis Trafik ke rumah arwah untuk penghormatan terakhir... pada jam 1700 jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan... suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah serta tanah perkuburan... Orang yang hadir amat amat ramai sehingga pihak Polis terpaksa menutup jalan bagi tujuan keselamatan kepada yang hadir.... pada jam 1800 majlis pengebumian selesai dijalankan...

Gambar aku akan upload kemudian... Al-fatihah buat arwah dan semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...