Wednesday, March 27, 2019

Baru dapat recover acc blogspot

Alhamdulillah hari nie dapat jugak recovery balik blogspot nie. Sebelum nie dah banyak kali try tapi tak dapat. Harap ade lagi la semangat nak post macam dulu dulu. hehehe

Sekian.

Saturday, March 2, 2013

Majlis Pengebumian Wira Negara

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah arini aku berkesempatan untuk mengiringi dan menziarahi arwah ASP Zulkifli di rumah beliau... aku menunggu ketibaan pesawat sejak malam tadi di Pangkalan Udara Gong Kedak tapi selepas tu aku dapat berita yang penerbangan terpaksa ditunda atas sebab sebab teknikal... So pagi tadi seawal jam 10 pagi aku dah tunggu ketibaan pesawat yang membawa jenazah ke pangkalan... alhamdulillah tepat jam 1500 pesawat CN235 mendarat di pangkalan... Pesawat disambut oleh pegawai dan anggota polis serta Sultan Terengganu yang bersetuju mencemar duli ke pangkalan... 15 minit selepas itu kami beramai ramai mengikuti konvoi yang membawa jenzah diiringi oleh Polis Trafik ke rumah arwah untuk penghormatan terakhir... pada jam 1700 jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan... suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah serta tanah perkuburan... Orang yang hadir amat amat ramai sehingga pihak Polis terpaksa menutup jalan bagi tujuan keselamatan kepada yang hadir.... pada jam 1800 majlis pengebumian selesai dijalankan...

Gambar aku akan upload kemudian... Al-fatihah buat arwah dan semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini...


Friday, June 29, 2012

Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional

Assalamualaikum... Selamat pagi semua...



Ada sedikit info untuk korang yang meminati hal ehwal ATM khususnya die hard fans TLDM serta kepada yang meminati bidang higrografi. Dimaklumkan bahawa pada 30 Jun hingga 1 Julai ini iaitu esok hingga ahad akan diadakan Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional di

Thursday, June 28, 2012

Keputusan Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 22 2013

Assalamualaikum...


Pada petang tadi Skuad Harimau Muda telah berjaya menewaskan Taiwan dalam Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2013 Bawah 22. Malaysia menumpaskan Taiwan dalam perlawanan tadi dengan jaringan 4 - 2. Pada separuh masa pertama Malaysia berjaya mendahului Taiwan dengan jaringan 3 - 0. Walaubagaimanapun Taiwan berjaya merapatkan

Monday, June 25, 2012

Keputusan Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2013 Bawah 22

Assalamualaikum..


Keputusan penuh Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun di Myanmar. Skuad bawah 22 Tahun negara/ Harimau Muda Berjaya menewaskan Filipina dengan jaringan 7 - 0.... Tahniah buat Pasukan Negara.. Diharap momentum ini diteruskan dalam perlawanan seterusnya.. Jangan main macam lawan Korea tempoh hari dah la....sakit hati je tengok...huhuhu... Jom tengok Senarai penjaring untuk perlawanan tadi


Rozaimi Abdul Rahman
Fandi Othman
Wan zaharul
Saarvindran


Sekiann....


Sunday, June 17, 2012

Temuduga Terbuka Tentera Laut Diraja Malaysia


Assalamualaikum....


Flight Deck Crew




Merujuk perkara di atas, saya dengan sukacitanya...cewahh...dah macam tulis surat rasmi la pulak kan...hahaha... oklah back to the main topic... Nie ade info yang aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) akan mengadakan Temuduga Terbuka Perajurit Muda bagi lelaki dan wanita bagi intake 207/2012. Ini adalah bagi jawatan lain lain pangkat untuk pelbagai bidang dan kepakaran. So kepada yang berminat korang boleh la menghadiri temuduga tersebut di pusat pusat yang telah disediakan.. Sebelum tu jom kita tengok kelayakan yang diperlukan bagi menghadiri temuduga tersebut..

Friday, June 15, 2012

Mahasewel Hina Sultan Johor

Assalamualaikum....


Nie aku nak kongsi pasal kebiadapan sorang mahasewel yang menghina Sultan Johor.. Aku tak tau ape motif dia sedangkan dalam rukun negara sendiri ade menyebut " Kesetiaan Kepada Raja dan Negara". Aku taknak cakap banyak... Sama sama kita tengok ape yang mahasewel nie cakap pada Tuanku Sultan Johor.

Tuesday, June 5, 2012

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih.

Assalamualaikum.....


Sama sama kita menghayati video nie...





Tersenyumlah wahai hati yang bersedih.... Ingatlah hidup ini tidak lengkap tanpa ujian dariNya.. Ujian dariNya itu yang membuat diri menjadi matang... Berfikiran positif dengan segala ujian yang diberikan... Hadapilah dengan tenang dan sentiasa berdoa kepadaNya agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut... ingat Maha Pencipta tidak akan menurunkan ujian kepada hambaNya jika Dia tahu hambaNya itu tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut...

Sekian..

Monday, May 28, 2012

Senarai Nama Pemenang No Pendaftaran Siri WWW

Assalamualaikum...


Entry kali nie aku nak kongsi senarai nama pemenang no pendaftaran bagi siri WWW... Aku dapat senarai nie dari Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Terengganu.... So jom kita tengok senarainya...


Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya

SIRI NOMBOR  NAMA PEMOHON                                    NO.KP                    HARGA


WWW 1          D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR             5621                   520000.00
WWW 2          JUBILEE HARMONI SDN BHD                      24-V                   165000.00

Tuesday, May 22, 2012

Nazmi Faiz Mansor Ikat Kontrak Dengan Biera Mar

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.... Arini ade dekit bersejarah untuk pemain pemain dan peminat bola sepak negara sebabnya dikhabarkan Nazmi Faiz Mansor sah mengikat kontrak selama 3 tahun untuk bermain bersama kelab division 1 di Portugal. Division 1 nie mengandungi kelab kelab seperti Sporting Lisbon, Porto dan banyak lagi... So setinggi tinggi tahniah kepada Nazmi Faiz kerana kejayaan ini.. Semoga cemerlang di bumi Eropah...


Sunday, May 13, 2012

Malaysia Juara Hoki Remaja Asia

Assalamualaikum..


Setinggi tinggi tahniah kepada Skuad Hoki Remaja Negara kerana berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia yang berlangsung di Stadium Hockey Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Skuad Negara menjadi juara apabila menewaskan Pakistan di perlawanan akhir sebentar tadi dengan jaringan 2 - 0. Penantian selama 20 tahun akhirnya berakhir malam ini. Kali terakhir Malaysia berada di pentas akhir kejohanan ini adalah pada 1992. Malaysia dikalahkan oleh lawan yang sama mereka kalahkan pada malam ini dengan jaringan 3 - 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Ipoh. 


Sementara itu bagi penentuan tempat ke 3 dan 4 yang berlangsung tadi, pasukan India berjaya menewaskan pasukan Korea untuk mengisi tempat ketiga kejohanan ini juga dengan jaringan 2 - 1. Walaubagaimanapun perlawanan petang tadi terpaksa dilanjutkan sehingga ke masa tambahan kerana kedua dua pasukan terikat dengan jaringan 1 - 1. Ketua pasukan India menjadi wira mereka apabila menjaringkan gol pada masa tambahan.


 Untuk makluman semua, kesemua pasukan yang berjaya masuk ke perlawanan separuh akhir akan layak secara automatik ke aksi Piala Dunia Remaja yang akan berlangsung pada tahun hadapan di India.


Sekian...

Tuesday, May 1, 2012

Menentukan Arah Kiblat

Assalamualaikum....


Lama tak update blog nie.... dah hampir seminggu.... sibuk dengan tugas...hehehe... ok arini aku nak kongsi info pasal tarikh dan cara untuk menyemak arah kiblat... Bagi kita sebagai umat islam yang mengamalkan solat 5 waktu setiap hari, arah kiblat adalah sangat sangat penting bagi mencari keredhaan Allah SWT. Seperti yang kita tahu, arah kiblat kita adalah ke arah Kaabah di Makkah. So bagi menyempurnakan solat

Thursday, April 19, 2012

Nak jadi Bodyguard Profesional Tak?

Assalamualaikum.....

Ini ada berita baik buat sesape yang nak jadi bodyguard secara profesional. Untuk pengetahuan korang pihak CPPTS akan mengadakan Kursus Pengenalan Pengiring Orang Kenamaan (POK) Tahap 1 Siri 3/2012 pada 19 hingga 23 Mei 2012. Program latihan selama 5 hari 4 malam ini akan diadakan di Kem Delta Komasir Jugra Banting Selangor. Kos penyertaan RM 2000 sahaja. Berminat untuk menyertainya?. Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...