Monday, August 9, 2010

"GARIS WAKTU" Keringat Yang Tidak dihargai




Pelbagai ungkapan keramat berkaitan sejarah sering dilontar oleh hampir setiap lapisan masyarakat khususnya golongan pemikir bagi memberi kesedaran terhadap kelompok generasi hijau yang dirasakan kurang peka terhadap peradaban dan nilai sejarah lantaran cara hidup yang dibaluti teknologi. 
Menyedari hakikat tersebut, Hannil Sdn Bhd dengan kerjasama Tentera Darat Malaysia dan Muzium Tentera Darat, Port Dickson mengambil inisiatif menerbitkan sebuahprogram dokumentari 13 episod selama 30 minit berkonsepkan travel-log history untuk siaran televisyen RTM bertajuk GARISWAKTU: EKSPEDISI MERUNGKAI SEJARAH. Usaha kecil tersebut adalah sebagai rasa penghargaan terhadap nilai perjuangan silam bagi menjentik nurani generasi hijau yang bakal mewarisi negara. Ia setidak-tidaknya mampu membuatkan mereka mengetahui bagaimana sekelompok manusia pejuang dari kalangan anak tempatan atau bukan dari kalangan anak watan mempertahankan tanah daratan, ruang angkasa dan samudera untuk sebuah kedaulatan. 
cut-026Mungkin bagi  sebahagian dari generasi ini, menghabiskan masa selama beberapa jam di arkib atau muzium bagi melihat artifak pegun yang mulai mereput dan berkarat dengan beberapa baris catatan di bawahnya adalah membuang masa berbanding  menghadap komputer riba, menghirup secawan kopi yang diimport dari benua Amerika Selatan sambil bersembang panjang. 
Golongan ini tidak perlu berkaki ayam dan memijak duri untuk mendapatkan sepinggan hidangan ubi rebus sebaliknya dengan hanya satu klik di komputer riba, satu pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit atau panggilan melalui talian bebas tol hidangan segera akan mendatang. Justeru, masa mereka untuk mengunjungi muzium atau tugu peringatan perang adalah sangat terbatas dek keselesaan hidup, kemewahan material mahupun kecanggihan teknologi. Lantas, apakah inisiatif yang perlu dilaksana untuk membolehkan jiwa sejarah mengalir dalam darah mereka meskipun sedikit? 
Pendekatan yang mungkin boleh difikirkan adalah dengan mengikutinya dengan cara dan budaya mereka iaitu menerusi pendekatan teknologi dan media. Menghasilkan program sejarah di media televisyen yang bersulamkan elemen grafik yang berwarna warni bagi memudahkan pemahaman tanpa menimbulkan rasa bosan dengan akses yang mudah adalah antara kaedah yang dapat menyemai atau untuk setidak-tidaknya menonton satu dari berpuluh program yang dihasilkan. 
Selain itu, penerbitan program berlanskap sejarah tempatan secara konsisten adalah wacana untuk perbincangan yang berdasarkan kepada fakta dan bukannya mengikut sentimen. Menghasilkan satu program sejarah di media gelombang yang mampu diikuti oleh pelbagai lapisan generasi, khususnya generasi hijau adalah satu cabaran yang besar. 
Apabila berbicara mengenai sejarah, kadangkala kita harus mengenepikan sentimen dan kepentingan pribadi meskipun kadang ia memerit dan merugi, namun itulah hakikatnya. Memanipulasi fakta sejarah untuk kepentingan sendiri adalah perbuatan kejam yang membunuh peradaban. 
Lantas, GARISWAKTU: EKSPEDISI MERUNGKAI SEJARAH yang tidak partisan dan favourable kepada mana-mana pihak adalah wadah untuk perbincangan, pengembangan idea dan perkongsian maklumat, rujukan serta pendokumentasian bagi peristiwa yang belum pernah dicatatkan, tidak dicatat dengan lengkap atau penambahan maklumat terhadap fakta yang sedia ada. 
Perdebatan dari pelbagai pihak mungkin timbul berdasarkan pelbagai teori, andaian dan formula dari berbagai-bagai pihak namun ia merupakan sebahagian dari kaedah mencari satu rumusan terhadap peristiwa yang telah berlaku. Sekiranya usaha ini tidak dimulakan 
sekarang, bila lagi dan siapa lagi akan memulakannya. 
AA-Gun
Ahli bijak pandai akademik mungkin mempunyai terlalu banyak maklumat dan fakta tentang sesuatu peristiwa dan kejadian menerusi kajian selama beberapa dekad. Segala penemuan akan ditaip dengan kemas dan dijilid berkulit kertas tebal dengan pengenalan hadapan bertulis gold hotstamp. Namun berapa ramaikah generasi hijau yang bukan dari kalangan golongan pelajar dan ahli akademik yang berminat untuk membuka laporan tersebut yang tebalnya menjangkau sejengkal dan mengambil masa selama beberapa minggu untuk dihabiskan hanya bagi mengenal jati diri yang mereka sendiri tidak pasti? 
Lantas, usaha bagi menghasilkan program seumpama ini harus diberikan sokongan padu bagi membolehkan sejarah negara dapat disebarluaskan kepada semua lapisan masyarakat. Ia juga di harap agar dapat menimbulkan sedikit kesedaran dan penghargaan kepada para pejuang yang berkorban jiwa dan darah untuk membolehkan kita semua mendapat keselesaan, kesejahteraan dan kemewahan pada hari ini.


Beberapa minggu lepas, aku ada tengok rancangan "GARIS WAKTU" kat tv 1.... xpatut rasanya RTM tayang rancangan nie time nie...sape je nak tengok time nie..semua g kerja n skolah... RTM nie macam tak hargai je keringat team Garis Waktu... diorang wat research lame kot nak jayakan program nie... memang tak patot langsung..bagi aku, rancangan nie antara buah tangan terbaik dari pihak ATM dalam memupuk kembali semangat cintakan negara...bagi aku, kalau la dokumentari nie ditayangkan semasa waktu perdana lagi elok, ramai yang nak tengok, dari kalangan adik2 hinggalah ke peringkat atok2..
diorang nie tak fikir ke berpa lama team nie wat research..masuk hutan keluar hutan, gali sane, gali sini, last2..segala keringat yang diorang curahkan hanya sia2...

cakap nak pupuk kesedaran dikalangan rakyat mengenai sejarah... tapi bile ade bahan yg mantap macam nie, diorang wat sambil lewa je.. diorang nie macam tak de golongan sasaran untuk tayangan nie... suri rumah tu pon ade masa ke nak tengok kalo diorang tayang time nie, diorang pon sibuk kat dapur nak masak untuk anak2 diorang yang nak balik skolah nanti...



diorang nie hanya fikir tentang keuntungan je..semua nak yang murah... bagi aku, point yang ada dalam dokumentari tu lagi mahal dari segala galanya....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...