Tuesday, August 31, 2010

Home Of The Brave



 Hampir setahun aku join forum Panggilan Pertiwi nie...dan dalam masa tu juga, telah banyak misi dan aktiviti yang aku sertai. Bagi aku, forum nie amat2 berguna bagi aku untuk mendapatkan maklumat berkenaan tentera baik dari dalam dan luar negara. Dari forum nie juga, aku dapat kenal ramai member2 yang satu kepala dengan aku..hehe, memang best la kalo dah jumpoa satu kepala nie. Kalo jumpa mesti takde topik lain yang kluar... kalo tak bincang pasal pertahanan semasa mesti kitaorang berbincang pasal paintball... kat forum nie, paintball adalah aktiviti wajib setiap bulan.


 Forum nie turut menjalankan Misi Merentas Waktu ( MMW). MMW nie sebenarnya salah satu misi bagi menjejak para veteran2 dan tempat2 perang dunia kedua di negara kita nie...dari misi nie, aku dan anggota2 yang lain dapat tau perkara sebenar yang terjadi semasa era darurat dahulu. Ianya amat2 berguna sekali bagi aku dan anggota2 yg lain. Sekarang nie MMW dah dilakukan sebanyak 2 kali dan insyaallah jika diizinkan Allah, MMW III akan dijalankan pada bulan disember nanti...kali ini Melaka dan Johore dipilih sebagai lokasi MMW III berlangsung. Sebelum ini, pada MMW I, anggota misi pergi ke perak dan untuk MMW II anggota misi memilih Kedah dan Perlis sebagai sasaran.


 Forum nie jugak ada menghadiri pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tentera seperti hari terbuka pangkalan2 TUDM, TLDM dan TDM...erm, tu je kot aku nak melalut pepagi nie...


nie link untuk forum..hehe... http://panggilanpertiwi.forumotion.net/forum.htm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...