Wednesday, October 27, 2010

LAPORAN KHAS BLACK OPS - RENJER



TARIKH: 23 - 25 OCTOBER
TEMPAT: PERLIS ( KANGAR ), PULAU PINANG ( BUTTERWORTH ) & PERAK ( IPOH )
ANGGOTA: Tn Jimio ( Pilot ), Afiq Flanker ( Co-Pilot ), Mr Kurien/ Mr pinky ( QM )




Kronologi Operasi


23 October 2010


jam 1300 - bertolak dari RV point di Shah Alam menuju ke tempat persembunyian ( Penang )


jam 1800 - menerima arahan untuk meneruskan perjalanan ke Kangar untuk terus melakukan ambush


jam 1900 - team terpaksa melencongkan laluan ke Juru selepas dimaklumkan oleh team perisik bahawa di situ terdapat sebuah kedai Mee Udang yang mantap...team terus menyerbu tempat tersebut.... ( tp kempunan xdapat makan stong bakar daa )


jam 2200 - sampai di check point iaitu di Putra Palaca Hotel ( Kangar )


jam 2300 - anggota keluar dari tempat persembunyian dan menyerbu sebuah kedai makan yang telah diserbu pada misi sebelum ini...


jam 0000 - anggota telah mendapat lampu hijau bagi menyerbu pangkalan utama Mejarbee industries


jam 0300 - anggota2 memutuskan untuk pulang ke pangkalan setelah berpuas hati dengan layanan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Mejarbee industries..




24 October 2010


jam 0900 - setelah bermesyuarat dengan semua anggota, chef de mission untuk operasi tersebut memutuskan agar kesemua kapal2, kenderaan armour, helicopter dan pesawat pejuang yang berada di dalam kilang mejarbee industries dirampas!!!


jam 1400 - anggota2 bersiap sedia untuk pergi ke kilang Mejarbee industries untuk melakukan rampasan aset2 tersebut


jam 1415 - anggota2 dari pihk nato telah memasuki kawasan kilang berkenaan dan merampas kesemua aset2 tersebut tanpa rasa belas kasihan..


jam 1800 - kerja2 merampas segala aset tersebut selesai....setelah berpuas hati dengan hasil rampasan, kesemua anggota keluar dari kilang berkenaan.. ( time tu mejarbee tengah nangis sampai berguling2 sebab harta kene rampas daa )


jam 1810 - team keluar dari Kangar menuju ke check point kedua bagi bertemu dengan geng risik yang lain...


jam 2100 - team sampai ke Penang bagi bertemu dengan anggota risik ( midgee ) yang telah menunggu dari petang lagi..


jam 2200 - team keluar dari bandar Bworth menuju ke Shah Alam


jam 2300 - chef de mission memutuskan bahawa perjalanan terpaksa dilencongkan ke Ipoh bagi mendapatkan maklumat selelah mendapat panggilan dari general of the army ( laksamana sunan )


jam 0000 - team sampai ke tempat persembunyian general. team ekspedisi mengambil peluang untuk mencuci mata melihat aset2 di dalam bunker beliau. 


jam 0200 - team keluar dari bunker Laksamana sunan. chef de mission sekali lagi memutuskan bahawa perjalanan terpaksa ditangguhkan kerana terdapat maklumat yang mengatakan Mejarbee telah menghantar sepasukan tenteranya untuk merampas kembali aset2 yang dirampas. keadaan ini amat2 merbahaya kepada semua anggota misi. chef de mission memutuskan agar pasukan " stand down" di Ipoh sementara keadaan kembali reda. 


jam 0300 - anggota misi sampai ke tempat persembunyian di Ipoh City Hotel




TARIKH:  25 OCTOBER ( ISNIN )
TEMPAT: IPOH PERAK ( BATALION KE-2 REJIMEN RENJER DIRAJA )
ANGGOTA: Tn Jimio ( Pilot ), Afiq Flanker ( Co-Pilot ), Mr Kurien/ Mr pinky ( QM )


jam 1300 - semasa melakukan OPS Utara, anggota misi sempat singgah di batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja di Ipoh. Kunjungan tersebut bagi melawat Muzium Rejimen Renjer Diraja ( RRD ) yang berada di dalam kem tersebut. Kedatangan kami disambut oleh Mej Zaharin. Beliau ialah kurator muzium tersebut. Semasa lawatan tersebut, kami telah berpeluang untuk melihat bahan2 yang mempunyai nilai yang tersendiri bagi anggota2 RRD khasnya dan Tentera Darat khasnya. Di dalam muziun tersebut terdapat pelbagai barangan yang berkaitan dengan RRD dari awal penubuhan sehingga ke hari ini. Antara yang dapat dilihat di dalam muzium ini ialah peralatan2 milik RRD serta peralatan yang dirampas semasa era insurgensi dahulu. Antara yang masih tersimpan kukuh didalam muzium ini ialah beberapa helai baju Paraku serta kelengkapan2 yang pernah digunakan oleh paraku. Selain itu turut dipamerkan kisah awal penubuhan RRD. 


Keratan2 akhbar mengenai kejayaan operasi2 yang dijalankan oleh RRD turut dipamerkan di muzium ini. Turut dipamerkan ialah kehebatan anggota2 RRD semasa zaman darurat dahulu seperti Kanang anak Langkau, Mendiang Kapten Mohana Chandran AL Velayathan dan 901161 PW II Lenggu AK China.


lawatan ke muzium ini amat2 berbaloi kerana dapat melihat alatan2, kisah2 dan sejarah mengenai RRD. Pihak muzium juga mengalu alukan kedatangan ahli2 forum Panggilan Pertiwi ke "HOME OF THE RANJER".. 




jam 1500 - anggota keluar dari Kem "HOME OF THE RANJER" menuju ke Shah Alam


jam 1900 - anggota misi sampai ke Shah Alam


jam 2200 - misi selesai...






P/S : apela yang aku mengarut kat atas tu...huhuhu..diharap korang terhibur. 


lepas nie kita layan gambar pulak ye...hehehe...








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...