Saturday, January 8, 2011

Bersaranya Penyimpan Mohor Besar Raja Raja

Assalamualaikum...




  Siapakan beliau? Beliau adalah Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Mungkin anda semua mengenali beliau. Beliau ini la yang bertanggungjawab untuk membuat pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Qurban, dan juga ibadah Puasa. Beliau memulakan tugas sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja Raja pada 1 Januari 1989. Setelah 22 tahun menabur bakti, beliau dengan rasminya telah bersara pada 7 Januari 2011 yang lalu. Dan bagi mengenang semua jasa yang telah dicurahkan, satu dokumentari khas mengenai beliau akan disiarkan pada pukul 6 petang esok ( 9 Januari 2011 ) di TV1.


Selain dari melakukan tugas mengumumkan tarikh tarikh penting bagi umat islam di negara ini. beliau turut berperanan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja selain menjadi orang paling kanan bagi setiap Raja yang ada di Malaysia.



Pada asalnya penjawat jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia ialah kakitangan kerajaan yang paling kanan. Telah diputuskan dalam salah satu Mesyuarat Majlis Raja-Raja bahawa jawatan Penyimpan Mohor Besar ini tidak boleh kurang tarafnya daripada Menteri Besar yang paling kanan, yang pada masa itu merupakan seorang kakitangan kerajaan yang kanan. Justifikasinya ialah Penyimpan Mohor Besar bertindak bagi pihak semua Raja, manakala Menteri Besar hanya mewakili Rajanya sahaja. Tambahan lagi Raja-Raja masih mempunyai sedikit kuasa eksekutif dan dengan demikian Baginda sekalian memerlukan seorang pegawai kanan.
Selepas merdeka, kuasa eksekutif Raja-Raja dipindahkan kepada rakyat. Maka jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tidak lagi mendukung tanggungjawab seperti yang pernah termaktub sebelumnya.
Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa:
“3. Majlis Raja-Raja hendaklah mempunyai suatu Mohor Besar Raja-Raja yang hendaklah dalam jagaan seseorang yang dilantik oleh Majlis itu.
4. Orang yang dilantik dibawah Seksyen 3 hendaklah dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Majlis Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatannya selama yang diperkenankan oleh Majlis itu.
“6. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja bilamasa dikehendaki berbuat sedemikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis itu dan, dengan tidak dikehendaki berbuat sedemikian, tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan apabila berlaku kekosongan dalam jawatan itu atau dalam jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.”
Gelaran “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja” (“The Keeper of the Rulers’ Seal”), dibawa jauh dari England ke Malaysia melalui India. Ia berasal dari Britain dan berakar umbi lebih 600 tahun dahulu. Beliau dikenali dengan nama ini memandangkan beliaulah yang menjaga Mohor Besar Raja-Raja. Tidak banyak orang yang mengetahui tugas yang dijalankan oleh Penyimpan Mohor Besar ini. Sebenarnya beliau merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja (Seksyen 4 Jadual Kelima dalam Perlembangaan Persekutuan). Pernah dilaporkan oleh Almarhum DYMM Raja Perlis bahawa pernah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja diperkenalkan kepada seorang pegawai India, pegawai itu berkata, “Oh, Maharaja kami tidak menyimpan Seal, Baginda menyimpan harimau”



P/S :  tu sajalah yang nak dikongsikan untuk tatapan semua...hurm, sape plak ek yang akan                       menggantikan tempat beliau nanti..sama2 kita nantikan..
       
        : sumber dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja
        

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...