Friday, February 4, 2011

OPS PIRAMID

Assalamualaikum...


Ops Piramid adalah satu misi yang dilancarkan oleh pihak kerajaan sebagai reaksi segera kepada ketidakstabilan politik yang berlaku di Mesir kini. Ops ini dilancarkan bagi membawa pulang semua rakyat Malaysia di sana. Ops ini melibatkan 3 buah pesawat C130 H milik TUDM melibatkan 9 set aircrew 50 orang ground crew dibantu oleh kapal Bunga Mas 5 yang sebelum ini bertugas di Teluk Aden. Selain itu pihak MAS serta AIRASIA juga turut membantu dalam Ops ini. Sehingga kini ketiga tiga pesawat TUDM masih lagi berada di Abu Dhabi kerana tidak mendapat clearence dari pihak berkuasa untuk mendarat di Jeddah. 


Diharap misi yang dijalankan ini akan berjalan seperti yang dirancangkan. Dimaklumkan juga kesemua pesawat TUDM akan menjalankan kira kira 80 lebih sortie bagi memindahkan kesemua rakyat Malaysia. Misi pemindahan akan dijalankan 24 jam tanpa henti. Sama samalah kita berdoa agar anggota anggota misi serta kesemua rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT.


Sekian....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...