Monday, March 26, 2012

Earth Hour 2012



Assalamualaikum....

Malam nie aku nak mengomel pasal Earth Hour... ape itu Earth Hour? mungkin ramai yang dah tau ape itu Earth Hour kan? Earth Hour sebenarnya adalah sambutan yang diadakan di seluruh dunia sebagai salah satu
cara untuk menyelamatkan bumi yang tercinta ini.  Acara ini adalah anjuran World Wildlife Fund (WWF) dan disokong oleh kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia.  Ianya disambut pada setiap akhir bulan March iaitu pada 31 March setiap tahun selama sejam bermula pada pukul 2030 sehingga 2130. Ianya mula disambut dan menjadi acara global bermula pada tahun 2008. Pada tahun ini sekali lagi ianya akan disambut di seluruh dunia.




 Bagaimana cara untuk menyertainya? korang hanya perlu menutup lampu serta peralatan - peralatan elektrik yang tidak digunakan di kediaman atau di pejabat... Senang kan? So apelagi, jom sama sama kita menyokong usaha untuk menyelamatkan bumi yang kita cintai ini. Anda mampu mengubahnya!! hehehe

Sekian....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...