Thursday, March 29, 2012

Pengenalan dan Cara Menghadapi "Fire Bander"

Assalamualaikum....


Selamat malam semua.... Tajuk malam nie panas sikit... Kenapa topik malam nie panas? panas kerana ianya melibatkan api.... Apikan panas...hehehe.. Okeh jom kita sama sama tengok berkenaan dengan topik malam ini... Ermmm okeh malam nie aku nak kongsi pengalaman berkenaan dengan kebakaran. Ape itu kebakaran? Korang nak tau maksud die? korang bukak la kamus Dewan Bahasa ye....huhuhu... 



Bagaimana Api Terhasil..
Okeh, sekarang aku nak bagitau ape yang menyebabkan terhasilnya api sehingga menyebabkan kebakaran di rumah, pejabat, kenderaan n macam2 lagi. Untuk pengetahuan korang, api boleh terhasil apabila tiga elemen dilengkapkan. Ia jugak dikenali sebagai "fire triangle". Ape benda yang ada dalam fire triangle tu... Pertama ianya mestilah mempunyai bahan bakar contohnya kertas, gas, cecair macam minyak ke, or bahan mudah terbakar. Elemen kedua pula adalah haba contohnya haba yang panas. Elemen yang terakhir adalah oksigen. So ketiga tiga elemen ini amat amat diperlukan bagi menghasilkan api.  



Punca Kebakaran..
Oke...habis bab bagaimana cara api terhasil... Sekarang kita tengok pulak ape yang menyebabkan kebakaran. Kebakaran biasanya tercetus apabila berlakunya kecuaian dari manusia sendiri contohnya merokok di tempat yang mempunyai bahan bahan mudah terbakar. Selain itu kebakaran juga boleh tercetus sekiranya berlaku litar pintas pada pepasangan elektrik. Ianya juga boleh tercetus jika berlakunya kerosakan mekanikal.

Cara Api Merebak..
Ada beberapa cara untuk api merebak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pertama melalui olah haba. Bagaimana ianya terjadi? contohnya rumah flat, bile rumah bawah or atas terbakar, haba akan dipindahkan dari lantai ke rumah atas or bawah. bila ianya dah terlampau panas dibantu dengan oksigen n bahan bakar ianya akan mencetuskan kebakaran pada rumah tersebut pula. Cara kedua pula melalui bahangan. Ini terjadi apabila rumah berada berdekatan satu sama lain. Apabila sebuah rumah terbakar dan menjadi panas, bahangnya yang kuat boleh dipindahkan ke rumah sebelah jika terdapat tiupan angin dan ianya akan menyebabkan terhasilnya api. 



Bagaimana Untuk Menghadapi Kebakaran..
Jika rumah , kenderaan atau badan korang terbakar, perkara pertama yang perlu dibuat adalah korang jangan panik. Ini kerana panik boleh menyebabkan perkara menjadi bertambah buruk. Kemudian cari punca api tersebut. Jika kebakaran terlampau besar sila abaikan perkara ini. Jangan sesekali menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam bilik air. Ini merupakan tindakan membunuh diri sendiri sebenarnya.. Kenapa aku cakap macam tu? Ini kerana bilik air merupakan satu tempat yang tertutup dimana kurang berlakunya pengaliran udara. Terdapat banyak kes kebakaran dimana mangsa yang rentung dijumpai dalam bilik air.

Kemudian jika ruang di dalam rumah telah dipenuhi asap, cara yang selamat untuk keluar adalah dengan cara merangkak. Untuk pengetahuan korang, lebih kurang 3 kaki dari lantai adalah merupakan zon selamat.. Kenapa aku cakap zon selamat? ni kerana pada paras ini oksigen masih lagi ada dan korang selamat untuk keluar.. Selepas paras 3 kaki dari lantai, ianya akan dipenuhi dengan asap dan gas beracun. Kebanyakan mangsa yang rentung adalah kerana pengsan akibat tersedut terlampau banyak asap. 

Pakaian Terbakar
Haa.. yang kat atas tu kalo bangunan or kediaman korang yang terbakar... Macam mane pulak kalo pakaian korang yang terbakar... Nie ade tips die... Sekiranya pakaian korang terbakar, berhenti dan jangan berlari kerana ini akan memarakkan lagi api tersebut. Rebahkan diri dan tutup muka dengan kedua belah tangan dan berguling diatas tanah or lantai bagi memadamkan api tersebut. Selain berguling korang boleh gunakan kain basah yang tebal untuk memutuskan bekalan oksigen kepada api... Caranya dengan membalut tubuh korang yang terbakar tu dengan kain yang basah or tebal..




Kenderaan Terbakar
Kalo kenderaan plak yang terbakar, korang jangan panik.. Berhentikan kenderaan korang then turun dari kenderaan tersebut. Pergi jauh sikit dari kenderaan tersebut. Ini kerana dikhuatiri berlakunya letupan.. Kalo dalam kereta korang ade alat pemadam api, korang boleh try padamkannya.. Tu pon kalo api masih kecil lagi n boleh dikawal.. Jangan cari penyakit kalo api dah marak korang still nak try padamkan api tu... 


Setakat nie dulu kot aku nak membebel..hehehe... nanti aku sambung lagi ye... Semua gambo yang ade dalam nie pakcik aku yang bagi....kredit kepada pakcik google..

Sekian...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...