Thursday, June 28, 2012

Keputusan Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 22 2013

Assalamualaikum...


Pada petang tadi Skuad Harimau Muda telah berjaya menewaskan Taiwan dalam Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2013 Bawah 22. Malaysia menumpaskan Taiwan dalam perlawanan tadi dengan jaringan 4 - 2. Pada separuh masa pertama Malaysia berjaya mendahului Taiwan dengan jaringan 3 - 0. Walaubagaimanapun Taiwan berjaya merapatkan
jurang perbezaan goal pada separuh masa kedua. Gol - gol kemenangan negara disumbangkan oleh Rozaimi Abdul Rahman dengan 2 gol dan satu gol hasil sumbangan D.Saarvindran serta satu gol sendiri daripada pemain Taiwan.


Ketika ini Malaysia sedang mendahului Kumpulan G yang turut dihuni oleh Korea, Vietnam, Myanmar, Filipina, dan Taiwan. Malaysia mendahului Kumpulan G hasil 2 kemenangan diikuti oleh Korea yang juga mengumpul 6 mata. Walaubagaimanapun Skuad negara dipisahkan oleh jaringan gol dengan pasukan Korea. Skuad negara juga telah bermain lebih satu perlawanan dari Korea. Skuad Korea pula akan turun menentang Myanmar pada malam ini


Diharapkan Skuad negara mampu mengekalkan prestasi ini kerana hanya 2 negara yang berada di tempat teratas layak untuk bertanding di Kejohanan Piala Asia 2013 Bawah 22 Tahun.


Jom kita tengok Kedudukan Kumpulan serta Jadual perlawanan 



Selamanya Harimau Malaya... Selamanya sokong Malaysia!!!

Sekian...

* jadual kedudukan kumpulan n jadual perlawanan aku ambik kat SINI



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...