Sunday, August 8, 2010

7 ogos

mmm..7 ogos amat2 bermakna bagiku...sebabnya, pada tarikh tersebut seorang insan lahir ke dunia, seorang insan yang kerdil n hina disisi Allah SWT. setelah 22 tahun hidup dimuka bumi nie..banyak perkara telah berlaku kepada diriku. dari anak kecik yang tak kenal apa2 suatu ketika dahulu..tetapi sekarang nie banyak perkara yang aku tahu..kalau dulu perkara tersebut aku hanya boleh membaca atau melihatnya, tetapi sekarang nie aku sendiri yang mengalaminya..aku juga tidak pernah terfikir untuk sampai sehingga ke tahap sekarang nie. aku juga beruntung dan bersyukur kerana dilahirkan pada bulan yang amat2 bermakna kepada negara. bulan ogos adalah bulan kemerdekaan kepada negara tanah tumpah darahku ini. tak hairan la kalau semangat kecintaan aku kepada negara amat2 tinggi sekali. aku juga bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan ibu dan bapa yang memahami diruku ini. sanggup melayan kerenah anaknya yang nakal n manja nie. besar pengorbanan mereka kepada aku. sanggup bersusah payah untuk membesarkan aku, memberikan pendidikan agama kepadaku bagi menghadapi liku2 kehidupan yang sungguh mencabar dimuka bumi ini. tanpa ilmu agama yang cukup, aku tidak dapat mengharungi segala cabaran ini. amat mudah untuk hanyut tanpa ilmu persiapan ilmu agama didada..


bertambahnya umur bermakna tanggungjawab pon makin bertambah. begitu juga dengan kematangan. ianya bergerak seiring dengan usia. diharap dengan usia yang makin bertambah nie, aku boleh menghadapi kehidupan ini dengan lebih baik lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...