Friday, August 6, 2010

Misi Merentas Waktu I

Alhamdulillah syukur kerana misi " merentas waktu 1 " ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. sambutan ahli forum terhadap misi ini juga diluar dugaan. butir butir terperinci mengenai misi..

Nama: Misi Merentas Waktu 1
Tempat : Perak - kampar ( Green Ridge )
- Sungai Siput Utara
Tarikh : 14 / 03 / 2010
Kekuatan Anggota :

1. admin
2. trooper_knife
3. redknote
4. m16
5. shah paskal
6. afiq flanker 
7. kadiax
8. syark
9. cekal berjuang





Kronologi misi

13/03/2010

jam 1100 = bertolak dari Kuala Lumpur / Bangi / Negeri Sembilan ( admin, redknot, afiq flanker, syark, shahpaskal, M16 )
jam 1500 = sampai di check point di ipoh ( hotel Paragon )
jam 2000 = lepak rumah Trooper Knife ( terbakar sampai rentung tengok koleksi die...huhuhu )

14/03/2010
jam 0830 = bertolak dari hotel ke check point ( Tesco Kampar ) untuk menunggu Cekal Berjuang dan M16
jam 0930 = bergerak ke objektif pertama ( Kampar Green Ridge )
jam 0950 = mula memasuki kawasan objektif.
Jam 1200 = keluar dari kawasan objektif.

Kampar Green Ridge adalah merupakan satu kawasan pertempuran diantara tentera British dan tentera Jepun. Pertempuran ini berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 30hb Disember 1941 hinggalah pada 2hb januari 1942. Pertempuran ini melibatkan 3000 orang tentera British dan lebih 6000 orang tentera Jepun. Walaupun mempunyai jumlah anggota yang kecil, tentera tentera British dapat mempertahankan kubu tersebut.
Kami semua amat bertuah kerana pada pagi itu, kami ditemani oleh Peter Chye ( adik Cikgu Chye Kooi Loong ) cikgu ini bertanggungjawab mengesan kedudukan kubu pertahanan British ini sekaligus memeliharanya sebagai kesan sejarah. kami dibawa oleh Peter Chye melawat ke tempat tempat yang telah dibersihkan , hanya sebahagian tempat sahaja yang telah dibersihkan. antara tempat tempat yang kami dibawa untuk dilawati ialah main bunker, main communication line, back communication line, trenches, machine gun nest, fox hole, dan lubang misteri ( tak tau kegunaan sebenar lubang tersebut, ianya amat dalam, berdiameter 3 kaki dan berkedalaman hampir 5 meter atau lebih ). bunker bunker ini dibuat dengan menggunakan bag bag pasir. main communication line pula digunakan untuk berhubung antara pertahanan hadapan ke main bunker. Main bunker pula digunakan sebagai command post dan juga tempat untuk merawat anggota tentera British yang tercedera. Back communication line juga berfungsi sama dengan main communication line. 

Walaubagaimanapun, ianya amat mendukacitakan kerana back communication line telah dipotong oleh pihak pihak yang tidak berhati perut dan buta sejarah. Mereka lebih mementingkan wang ringgit melebihi segala galanya. Mereka merupakan golongan yang jahil kepada nilai sejarah yang terdapat ditempat tersebut. Selain itu usaha usaha untuk memelihara kawasan tersebut juga dipandang sepi oleh semua pihak. Kawasan tersebut kini dijaga oleh beberapa orang veteran perang yang mengambil inisiatif sendiri untuk memelihara kawasan tersebut. Tidak ada sebarang usaha daripada pihak kerajaan untuk mewartakan kawasan tersebut. Selain itu terdapat beberapa individu yang berkenaan hanya menabur janji untuk memelihara kawasan tersebut. Tetapi janji tersebut hanya tinggal janji. Diharapkan kawasan tersebut dapat dipelihara agar nilai nilai sejarah dikawasan tersebut tidak terkubur. 

Jam 1400 = bertolak ke objektif kedua ( rumah Inspektor Hassan B shahabuddin )
Jam 1630 = keluar dari kawasan objektif

Lawatan seterusnya diteruskan lagi ke rumah Tn Inspektor Hassan B Shahabuddin. Beliau merupakan seorang anggota polis semasa era insurgensi. Memulakan perkhidmatan pada 1948. Merupakan anak jati perak. Kisah perjuangan beliau dalam menentang komunis pernah dicatatkan didalam buku tulisan Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar. Buku tersebut bertajuk “PEMBURU BINTANG TIGA”. Beliau telah dianugerahkan “George Medal” oleh Queen Elizabeth. Pingat keberanian tersebut merupakan pingat keberanian kedua tertinggi kerajaan British. Beliau pernah menulis surat bagi meminta elaun bagi penerima pingat kepada Kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun beliau hampa kerana elaun hanya diberikan kepada penerima pingat yang dianugerahkan oleh Yang DiPertuan Agong Sahaja. 



Jam 1700 = bertolak ke objektif kedua ( Rumah Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar.
Jam 2000 = bertolak balik ke Kuala Lumpur/ Negeri Sembilan

Seperti semua sedia maklum, Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar adalah merupakan seorang penulis kepada beberapa buah buku ketenteraan. Antaranya 19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA, PEMBURU BINTANG TIGA dan beberapa buah buku lagi. 
Beliau dilahirkan di Kampung Seberang Karai, Enggor, Perak. Memulakan kerjaya tentera pada 1972 di Rejimen Semboyan Malaysia dan ditauliahkan sebagai pegawai muda ke battalion Ke 19 Rejimen Askar Melayu Diraja pada disember 1977. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Habibah Nordin. Beliau memperolehi Sarjana Muda Sains dalam dua bidang iaitu Komunikasi Massa serta Politik Dan Hal Ehwal Awam dari Universiti Miami, Amerika Syarikat. 
Detik detik hitam dalam hidupnya bermula pada 4 ogos 1979. Beliau bersama 2 orang anggotanya telah terkena jerangkap samar dalam operasi memerangi komunis di kawasan Ban Tong Yan di selatan Thailand. Akibat dari kejadian tersebut, beliau telah kehilangan deria penglihatan buat selama lamanya. Manakala kaki Prebet Tahir terpaksa dipotong dari paras lutut. Prebet Mansor yang cedera keseluruhan badan Berjaya diselamatkan. Walaubagaimanapun ketiga tiga mereka kini terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan kurang upaya. Lebih menyayat hati, kejadian berlaku selepas 27 hari beliau melangsungkan perkahwinan. Walaupun beliau kehilangan penglihatan buat selama lamanya, tetapi beliau mengangap semua itu adalah ketentuan Allah SWT. Beliau menerima kejadian itu dengan redha.

Selain itu, beliau juga turut berkongsi cerita mengenai proses proses melancarkan buku “19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA”. Beliau menceritakan bagaimana pihak atasan beberapa kali mensabotaj beliau daripada melancarkan buku tersebut. Tindakan tersebut dilakukan kerana tidak mahu perkara sebenar diketahui umum. Pihak atasan beberapa kali berjanji untuk menolong beliau bagi melancarkan buku tersebut. Walaubagaimanapun janji hanya tinggal janji. Adakalanya, pihak atasan mengarahkan poster poster pelancaran diturunkan atas sebab sebab yang tidak diketahui. Akhirnya , buku ini Berjaya juga dilancarkan setelah beliau pergi sendiri ke Kementerian Pertahanan untuk bertanyakan mengenai majlis pelancaran buku beliau tersebut. Beliau secara kebetulan terserempak dengan individu yang berkenaan.


Beliau bertanya mengenai perkara tersebut tetapi hampa kerana program pelancaran tersebut tiada dalam jadual . Akan tetapi, beliau kembali bersemangat untuk melancarkan buku tersebut setelah individu berkenaan berjanji untuk membawa perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. Sebulan selepas itu, beliau dihubungi oleh individu berkenaan tersebut yang mengatakan pihak tersebut bersetuju untuk melancarkan buku tersebut .
Beliau turut menyuarakan rasa terkilan beliau kerana sehingga ke hari ini, beliau masih belum menerima sebarang penghargaan daripada kerajaan atas usahanya menulis beberapa buah buku yang menceritakan tentang penglibatan dan kepahlawanan pasukan pasukan keselamatan Negara dalam memerangi komunis semasa era insurgensi. Beliau turut meluahkan perasaan kecewanya kerana anak anak muda sekarang sudah mula melupakan pengorbanan anggota anggota pasukan keselamatan dalam menuntut kemerdekaan.


Pada pandangan saya misi ini berjaya mencapai objektif seperti yang dikehendaki. Terima kasih kepada Trooper Knife dan Admin yang berjaya merialisasikan “MISI MERENTAS WAKTU” ini. Diharap misi misi seperti ini dapat dilakukan lagi dimasa akan datang. Bagi aku misi ini amat amat amat menyedarkan aku betapa peritnya pejuang pejuang Negara dalam menuntut kemerdekaan Negara ini. Aku sebak bila mendengar kisah yang diceritakan oleh veteran veteran perang tersebut. Kisah kisah yang beliau ceritakan telah menaikkan semangat aku untuk mempertahankan Negara ini walau dengan apa cara sekalipun. Aku juga sedih bila mengenangkan anak anak muda sekarang nie yang sudah melupakan jasa jasa dan pengorbanan para anggota keselamatan dalam mempertahankan Negara yang kita cintai ini. Tanpa mereka, kita semua tidak akan mengecapi keamanan yang ada pada hari ini. Kita semua telah berhutang budi, darah dan nyawa dengan pejuang pejuang Negara. Sekarang telah tiba masanya kita membayar balik segala hutang tersebut walaupun bukan dengan cara berperang. Ayuh rakan rakanku, kita sama sama menyedarkan anak anak bangsa kita yang saban hari mulai hanyut supaya kembali menghargai harga sebuah kemerdekaan. Aku tidak sanggup lagi melihat agama bangsa dan Negara ini sekali lagi dijajah. Aku tidak rela perkara itu terjadi, tidak sama sekali. 
( huhuhu…ditulis dalam keadaan beremosi sikit )





anggota anggota misi merentas waktu 1








di hadapan papan tanda Kampar Green Ridge






berada di hadapan tugu peringatan yang baru ingin dibina..berbaju putih adalah peter chye






lakonan semula suasana didalam machine gun nest






main bunker..digunakan untuk merawat anggota yang cedera, juga digunakan sebagai command post.






main communication line..






trenches






lubang misteri...kegunaan lubang ini tidak diketahui






forumer panggilan pertiwi di dalam main bunker






rehat kejap...bonne appetit






perwira yang xdidendang...inspektor Hassan b Shahabuddin. beliau sedang menceritakan keadaan semasa beliau bertugas satu ketika dahulu.






medal yang beliau perolehi






majlis penyampaian cenderahati kepada Tn Inspektor Hassan b Shahabuddin oleh Trooper knife.






bergambar kenangan...






Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman bin Syed Omar menceritakan detik detik yang menyebabkan beliau kehilangan deria penglihatan






bergambar bersama pejuang bangsa dihadapan tugu dihadapan rumah Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman bin Syed Omar. tugu itu dibina dan diletakkan nama penerima pingat keberanian





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...