Tuesday, August 24, 2010

Misi Merentas Waktu II

Misi merentas waktu II ( MMW II ) ini adalah merupakan kesinambungan kepada Misi merentas waktu I ( MMW I ).misi ini dijalankan bagi menjejak kembali tapak2 dan veteran2 perang semasa era darurat dahulu... juka dahulu MMW I diadakan di sekitar Perak iaitu di Kampar dan Sungai Siput Utara, kali ini misi dijalankan di 2 buah negeri di utara tanah air iaitu di Kedah dan di Perlis. secara spesifiknya, misi di kedah dijalankan di sekitar utara negeri kedah iaitu di sekitar  alor Setar / Jitra Line. di Perlis pula, anggota misi menjelajah ke Kangar dan Padang besar.


Berikut adalah butir butir lengkap MMW II:


Tarikh : 5 Jun 2010 – 7 Jun 2010

Lokasi : Sekitar Alor Setar, Jitra di Kedah
Sekitar Kangar dan Padang Besar di Perlis 


Ahli forum PP yang Terlibat :

1. Tropper Knife dan keluarga
2. Encik Admin@ Tony Stark
3. Major (b)
4. Jimio dan keluarga
5. Syark the Ghost
6. Afiq Flanker
7. Alsekter
8. Redknot
9. Jebat2000
10. Skyline GTR



Pada hari pertama misi, kami berkesempatan untuk bertemu dengan 2 orang veteran perang yang terlibat dalam operasi gubir. 2 orang veteran tersebut ialah  Major (B) Nor Ibrahim (Blogger xnuripilot.blogspot.com) dan Lt.Col Basri Omar PGB. Berikut merupakan sesi penceritaan dari Mej (B) Nor Ibrahim dan Lt.Col Basri PGB


Kisah Major (b) Nor Ibrahim

- Major (b) Nor Ibrahim memperkenalkan diri dan menceritakan kisah penglibatan beliau di dalam tentera darat sebelum beliau di serap di dalam Skuadron ke 10 TUDM Kuantan sebagai Juruterbang Nuri
- Beliau banyak menceritakan latihan yang beliau terima ketika mula-mula beliau menyertai Tentera Darat dan Operasi yang beliau terlibat dalam menentang gerakan komunis di sekitar Perak dan kelantan serta pengalaman beliau di kota belud.
- Semasa era beliau menjadi Juruterbang Nuri, beliau menceritakan detik-detik yang beliau dan krew-krew Nuri menghadapi serangan dari pihak komunis ketika operasi Gubir dan operasi2 lain di perbatasan.
- Pada masa yang sama, beliau turut menceritakan mengenai pengendalian helicopter Nuri dan bagaimana pengalaman yang beliau ada telah dan mampu menyelamatkan krew-krew beliau dalam nahas dan serangan di tembak jatuh oleh komunis.
- Pengalaman yang beliau tak akan lupa ialah pengalaman beliau membawa nuri ke terumbu layang-layang



Kisah Lt.Col Basri Omar PGB

- LT KOL (B) BASRI OMAR berasal dari Merbok, Bedong, Kedah. Pada 25 Apr 1976 Kapt Basri dan kumpulannya diarahkan mem- buat pembersihan di sebuah terowong yang terletak di kawasan perkhemahan musuh yang ditawan. Risiko yang diambil terlalu tinggi kerana laluan di terowong tersebut dipenuhi dengan jerangkap samar yang masih aktif.

- Semasa melakukan pembersihan, sebutir jerangkap samar meletup. Beliau mendapat kecederaan dan seorang anggotanya cedera parah lalu meninggal dunia kemudiannya. Semasa menunggu ketibaan helikopter, beliau memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada kumpulan membersih jerangkap samar yang lain untuk meneruskan tugas-tugas mereka. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Jun 1976.

- Beliau turut menceritakan kisah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) membangunkan terumbu layang-layang sehingga ia menjadi Pulau Layang-layang pada hari ini.



antara gambar yang sempat dirakam




Mej (B) Nor sedang menceritakan pengalaman beliau sambil diperhatikan oleh Lt.Col Basri PGB






antara ahli misi yang menyertai MMW II




Lt.Col Basri PGB menunjukkan buku scrap yang menyimpan pelbagai kenangan peribadi beliau




antara kandungan buku scrap tersebut




antara pingat yang diperolehi oleh Lt.Col Basri PGB






penyampaian cenderahati oleh wakil ahli form kepada kedua dua tetamu jemputan




bergambar kenang kenangan. time ni aku pegi solat, so takde dalam gambar..


Misi selesai pada hari pertama...


Hari Kedua


Hari kedua pula, para anggota misi telah menuju ke Kangar Perlis bagi bertemu dengan Mej (B) Wan Hashim. beliau merupakan bekas anggota dari Kor Ordnans. beliau merupakan salah seorang yang pakar dalam bidang bahan letupan. Pernah menyertai misi PBB di Somalia. Beliau dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara setelah pulang dari somalia. Selain ingin mengetahui cerita sebenar semasa beliau di somalia, anggota anggota forum juga mempunyai agenda tersendiri. Agenda yang dimaksudkan ialah untuk melihat sendiri hasil seni beliau dalam menghasilkan model pelbagai jenis pesawat, kapal dan kenderaan armour.
Antara gambar gambar yang sempat dirakam di rumah beliau




 semangat betul Mej memberikan penerangan...hehehe




sedang membelek belek buku berkaitan model




antara buku panduan yang digunakan bagi menghasilkan model yang berkualiti












antara hasil kerja Mej b


terima kasih juga kepada isteri Mej b kerana menyediakan juadah makan tengah hari untuk kami semua...tapi banyak tak habis sebab semua dok melayan model....huhuhuhu



nie pulak sesi perbincangan meja bulat di putera palace kangar...pelbagai cerita keluar time nie..ade kisah suka dan duka...


Setelah berehat, MMW II disambung kembali. Kali ini anggota anggota menuju ke restoran tom yam di Kangar. Disana, anggota anggota misi sempat bertemu dengan pesara Tentera British (Shariff Rizal) dan Cikgu Alwi ( Presiden Persatuan Sejarah Negeri Perlis). Berikut antara kisah beliau yang sempat dicatatkan


En.Shariff Rizal Pesara Tentera British ( Royal Arterliry Gunners)

Beliau menyertai Tentera British pada awal 1952 dan menerima latihan di bawah Royal Artellry dan telah berkhidmat selama 5 tahun. Beliau antara orang-orang melayu pada ketika itu di berikan kepercayaan oleh tentera british untuk mengendalikan meriam-meriam britsh. Beliau telah di tugaskan di Kluang line. Beliau telah berhenti berkhidmat pada 1957 selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ekoran pengurangan jumlah angkatan Tentera di Tanah Melayu pada masa itu.

Pada masa yang sama, beliau ada menceritakan kisah kemasukkan Tentera Jepun di Perlis melalui Padang besar. Menurut pengalaman beliau, ketika Tentera Jepun melangkah masuk ke Perlis. Penduduk kampung-kampung khusus nya orang melayu berdiri di tepi jalan2 menglihat perbarisan masuk Tentera Jepun ke Perlis. Kebanyakkan dari mereka merasa sungguh seronok dan gembira sebab sudah bebas dari cengkaman british ketika. Pada masa itu En. Shariff Rizal baru berusia 10 tahun dan beliau menceritakan ketika Tentera Jepun melangkah masuk, beberapa Tentera Jepun Jepun menarik paksa beberapa pemuda2 kampung untuk membawa peralatan-peralatan Tentera Jepun. Tentera Jepun yang berarak masuk dari Perlis adalah yang telah bertempur dengan Tentera British di Jitra line.

En.Shariff Rizal juga ada menceritakan pengalaman beliau ketika hidup di era pendudukkan Jepun di mana kehidupan yang susah dan perit seperti mana yang di lalui oleh semua penduduk di Tanah Melayu. 

Mengikut Cikgu Alwi dn En Shariff, Sebelum terctusnye WW2, Agensi Risik Jepun telah membuka 3 Kedai Kain Baju dn Runcit selama 3 tahun. Pekedai ini telah mejual barang2 dgn harga murah bagi "mengambil hati" penduduk tempatan. Maka semasa kemasokan awal tentera jepun, mereka ni di sambut dgn gilang gemilang yg kononnya sbg "pembebas Tanah Melayu". Askar Jepun yg masok dari Padang Besar dgn mengikori jalan keretapi ke Stesen Keretapi Bukit Keteri masih belum bertempur sbb Perlis berada di Utara Jitra Line dn anak2 melayu yg di paksa "mengendong" peralatan jepun membawa sehingga kawasan Tanah Merah, Jitra. 

antara gambar yang sempat dirakam


 pertemuan dengan Cikgu Alwi




sesi penceritaan pengalaman beliau ( En Shariff ) semasa berkhidmat dengan British




bergambar kenang kenangan sebelum bergerak ke satu lagi lokasi penting semasa kemasukan Jepun ke Tanah Melayu


Anggota MMW II seterusnya bergerak ke Stesen Keretapi KTMB Bukit Peteri.Misi ini di jalankan adalah untuk mengimbau kembali sejarah perang dunia ke 2 di Tanah Melayu. Seperti yang di terangkan oleh Major (b) dan Tuan Jimio, disini adalah jalan masuk Tentera Jepun ke Tanah Melayu melalui landasan keretapi. Dari pemerhatian dan pengamatan yang kami lakukan, dapat disimpulkan keadaan disini sungguh strategik untuk kemasukkan mana2 tentera Jepun ke sini disebabkan keadaan Perlis yang pada masa itu diliputi kawasan hutan yang tebal dan laluan nya sangat sukar di lalui oleh seorang askar biasa pada waktu itu.

Seperti yang di lihat pada gambar ini, stesen lama bukit keterih telah di roboh bagi memberi laluan kepada pembesaran landasan keretapi Malaysia – Thailand. Tuan Jimio ada menerangkan kepada kami semasa Stesen Lama Bukit Keteri hendak dirobohkan. Banyak dokumen-dokumen lama di jumpai dan barang2 bersejarah berkaitan stesen berkenaan ditemui dan menjadi sumber rujukan dalam kajian sejarah.


kerja kerja pembesaran landasan sedang dijalankan


anggota anggota sedang mengadakan perbincangan berlatarbelakangkan kem AW505 rasanya


cover album...hehehe

Pada keesokan harinya, kesemua ahli MMW pergi ke Padang Besar bagi melakukan tugas2 memborong barang barang yang ada disana.



Bagi aku, misi kali ini mencapai objektif yang ditetapkan. Banyak yang dapat dikutip hasil penjelajahan selama 2 hari di 2 buah negeri di utara tanah air ini. Banyak lagi perkara perkara yang belum dibongkarkan. Selain itu, melalui MMW II ini juga, para anggota misi dapat meningkatkan semangat cintakan tahan air ini. Untuk pengetahuan semua juga, misi MMW II ini turut dimuatkan didalam Majalah Perajurit keluaran Ogos.

Misi Merentas Waktu III pula insyaallah akan dijalankan pada bulan disember nanti. Kali ini, anggota anggota MMW III akan menjejaki pahlawan pahlawan dan tempat tempat bersejarah di sekitar negeri Johor dan Melaka. Jadi, kepada yang berminat untuk menyertai misi MMW III ini, jangan malu malu intuk menyertainya..kami amat amat berbesar hati jika anda ingin menyertainya..sekian



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...