Showing posts with label Panggilan Pertiwi Forumation. Show all posts
Showing posts with label Panggilan Pertiwi Forumation. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Temuduga Terbuka Tentera Laut Diraja Malaysia


Assalamualaikum....


Flight Deck Crew




Merujuk perkara di atas, saya dengan sukacitanya...cewahh...dah macam tulis surat rasmi la pulak kan...hahaha... oklah back to the main topic... Nie ade info yang aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) akan mengadakan Temuduga Terbuka Perajurit Muda bagi lelaki dan wanita bagi intake 207/2012. Ini adalah bagi jawatan lain lain pangkat untuk pelbagai bidang dan kepakaran. So kepada yang berminat korang boleh la menghadiri temuduga tersebut di pusat pusat yang telah disediakan.. Sebelum tu jom kita tengok kelayakan yang diperlukan bagi menghadiri temuduga tersebut..

Thursday, April 5, 2012

Armour Meet 2012

Assalamualaikum...

Berita baik buat peminat - peminat kenderaan armour kawalan jauh. Pada 1May 2012 nanti akan diadakan satu perjumpaan diantara peminat peminat kenderaan ini akan diadakan. Ianya akan berlangsung di KLCC Park bermula jam 1400 hour sehingga 1630 hour... So kepada korang yang meminatinya boleh la berkunjung ke sana :) .....


Sekian...

*Kredit kepada Sharul Nizal ( Perajurit)...

Su-30MKM AWACS

Assalamualaikum....

Khas untuk peminat2 Sukhoi MKM atau meksu... nie merupakan salah satu versi MKM yang ditempah.. Still dalam mood integrasi system lagi... Rotodome dipasang bagi memenuhi keperluan yang mendesak dimana pesawat AWACS amat2 diperlukan dalam perkhidmatan buat masa ini. So sebagai langkah awal untuk memenuhi keperluan tersebut, sebuah pesawat MKM dinaik taraf menjadi pesawat AWACS.



Mungkin korang tertanya tanya kenapa MKM nie takde tail fin kan... nanti macam mane nak buat corner baring..betul tak.... ini satu lagi perkara yang telah diupgrade iaitu ianya menggunakan TVC 4D yang membolehkannya membelok dan melakukan manuver seperti biasa...

Sekian..

kredit to Hisham Ace untuk gambar..
p/s: nie adelah rekaan semata2...hehe

Saturday, March 31, 2012

Temuduga Terbuka Perajurit Muda TLDM

Assalamualaikum....


Flight Deck Crew




Merujuk perkara di atas, saya dengan sukacitanya...cewahh...dah macam tulis surat rasmi la pulak kan...hahaha... oklah back to the main topic... Nie ade info yang aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) akan mengadakan Temuduga Terbuka Perajurit Muda bagi lelaki dan wanita bagi intake 207/2012. Ini adalah bagi jawatan lain lain pangkat untuk pelbagai bidang dan kepakaran. So kepada yang berminat korang boleh la menghadiri temuduga tersebut di pusat pusat yang telah disediakan.. Sebelum tu jom kita tengok kelayakan yang diperlukan bagi menghadiri temuduga tersebut..

Wednesday, December 21, 2011

Airman Of The Year

Assalamualaikum....


Entry nie ditujukan khas kepada kawan baik aku yang juga merupakan aircrew Sukhoi kerana telah dianugerahkan Airman Of The Year kategori Kpl U kebawah.... Tahniah aku ucapkan kepada Norafiszal Sabuan / wak jibeng di atas penganugerahan tersebut... dan tahniah jugak kepada semua penerima anugerah Airman Of The Year.... Semoga anda semua meneruskan kecemerlangan yang telah ditunjukkan ini... Anugerah ini telah berlangsung di Pangkalan Udara Subang....

Monday, December 19, 2011

LIMA 2011 ( 2 )

Assalamualaikum....


Nie merupakan sambungan dari entry yang lepas mengenai LIMA 2011... Jom sama sama kita layan...






Saturday, December 17, 2011

Aktiviti Muzium Tentera Darat

Assalamualaikum....


Nie ade berita yang baru diterima... Pihak Muzium Tentera Darat akan mengadakan pameran sempena cuti sekolah... Maklumat lengkap seperti di bawah:

Friday, December 16, 2011

LIMA 11 Souveniers

Assalamualaikum.....

Entry khas untuk Mijoe hehehe..

Souveniers LIMA 2011




TATOO TENTERA DARAT

Assalamualaikum...


Kepada yang berminat untuk menonton persembahan tatoo Tentera Darat korang boleh la berkunjung ke PUSASDA di Port Dickson bersempena dengan Pameran Kerjaya dan Tattoo Tentera Darat 2011. Butir butir program seperti di bawah:

Thursday, December 15, 2011

LIMA 2011

Assalamualaikum......

Jom layan gambo2 LIMA 2011... Banyak lagi yg belum edit.... Nie aku tampal mane yang dah siap edit k.... Enjoy....

Monday, November 7, 2011

Bangunan Tinggi di Gong Kedak

Assalamualaikum....



Cuba korang tengok bangunan kat atas tu...Bangunan tu still dalam pembinaan lagi... Ketinggiannya dalam 3 tingkat n kalo dilihat maybe akan lagi tinggi lepas siap nanti... Ape yang jadi persoalannya ialah ianya berhampiran dengan Pangkalan Udara Gong Kedak betul2 bersebelahan dengan pagar Pangkalan...

Friday, October 28, 2011

Souvernier 11 Squadron Time LIMA 11

Assalamualaikum...

Pelbagai cenderahati dari 11 Squadron akan dijual sempena LIMA 11. Antaranya t-shirt, cap, mug, dan banyak lagi. So don't miss it...

antara fun patch yang akan dijual nanti.. insyaallah

Sekian....

Farawahida - Menerjah Awan

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar lagu nie? hehehe...nie antara lagu feveret aku.. lagu nie amat amat bermakna bagi aku.... nak tau kenapa amat amat bermakna kepada aku? hayatilah lagu nie n korang akan tau...hehehehe




Tiada jalan yang mudah
Tuju cita-cita
Selama kaki melangkah
Dugaan menderap
Untuk miliki sesuatu yang berharga
Harus berani yakin dan tabah
Menghadapi segala

Sunday, October 23, 2011

Lagi 3 hari Mau Balikkkk

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog aku nie...dah bersawang kot...haha...ermm lagi 3 hari aku akan balik ke Terengganu... hampir 2 bulan aku tak dengar deruan enjin Sukhoi... Rindu sehh.... satu lagi berita yang aku dapat. Ini KHAS UNTUK PEMINAT SUKHOI, pada Pameran LIMA nanti, No11 SQN akan menyediakan cenderahati istimewa buat semua peminat - peminat Sukhoi. so apelagi, datanglah beramai - ramai ke booth pada Pameran LIMA 2011 nanti. LIMA akan berlangsung pada 6 hingga 10 Disember ini.


Sekian...

p/s: cenderahati tu limited. so don't miss it...

Friday, September 2, 2011

Read This

Assalamualaikum...


try translate..hehehe

7H15 M3554G3 53RV35 7O PR0V3 H0W 0UR M1ND5 C4N D0 4M4Z1NG 7H1NG5! 1MPR3551V3 7H1NG5! 1N 7H3 B3G1NN1NG 17 WA5 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 LIN3 Y0UR M1ND 1S R34D1NG 17 4U70M471C4LLY W17H0U7 3V3N 7H1NK1NG 4B0U7 17, B3 PROUD! 0NLY C34R741N P30PL3 C4N R3AD 7H15. .

Saturday, July 30, 2011

Sambutan Hari Pahlawan & Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum.....

Dah lama benar aku tak update blog nie disebabkan kesibukan dan juga keadaan yang tak mengizinkan aku umtuk meng"update" blog nie...

Mungkin ramai yang terlepas pandang tarikh 31 Julai setiap tahun. Kenapa dengan tarikh tersebut? untuk pengetahuan anda semua, pada tarikh tersebut adalah merupakan tarikh sambutan Hari Pahlawan. Ia diadakan bagi mengingati para pejuang tanah air yang gugur semasa era darurat dahulu. Mungkin korang masih ingat semasa sekolah dahulu ada kutipan Hari Pahlawan. Kutipan tersebut disalurkan kepada para pahlawan dan keluarga mereka.

Para pahlawan negara tidak kira latar belakang agama dan bangsa sama - sama menabur bakti dan menggadaikan nyawa demi melihat negara kita ini bebas dan aman seperti sekarang. Berapa ramai diantara mereka yang terkorban dan cacat kerana terlibat dalam pelbagai operasi melawan keganasan suatu ketika dahulu. Ada di kalangan pahlawan negara serta keluarga mereka sekarang ini hidup dalam serba kedaifan.

Betapa beruntungnya kita dapat hidup dalam keadaan aman seperti sekarang ini. Berapa ramaikah diantara kita yang mengenang dan mengingati jasa jasa mereka ini??? Adakah nasib mereka ini terbela setelah menyerahkan jiwa mereka kepada negara semata mata ingin melihat negara tercinta ini bebas dari anasir anasir yang tidak diingini.

Marilah sama - sama kita mengenang kembali jasa para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi anak bangsa dan agama yang tercinta. Negara tercinta ini dibina dengan darah dan pengorbanan oleh mereka. Tanpa mereka semua kita tidak akan hidup dalam keadaan harmoni seperti hari ini. Jasa dan pengorbanan mereka tiasa galang gantinya.

"Dengan sesungguhnya mengaku dan bersetuju bahawasanya saya akan menumpukan segala taat setia yg sejati kebawah duli yang maha mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan kepada negara dan bahawasanya saya akan menunaikan kewajipan saya dengan hati yg tulus ikhlas dan setia dan mempertahankan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan negara drpd segala musuh dan saya akan taat dan patuh terhadap segala titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang diperintahkan keatas saya"

GEMPUR WIRA!!!!!
Al-Fatihah kepada para pahlawan beragama islam..
P/S: Sambutan Hari Pahlawan akan diadakan esok di Dataran Pahlawan. Orang ramai dijemput hadir.

Ramadhan Al Mubarak..

Esok juga merupakan hari paling bermakna bagi semua umat islam. Ini kerana esok merupakan hari dimana anak bulan akan dicerap dan insyaAllah jika anak bulan dapat dilihat kita semua akan mula berpuasa pada 1 Ogos ini iaitu jatuh pada hari isnin. So selamat menjalani ibadah puasa kepada semua member2 beragama islam ye. Semoga kita semua dapat memenuhkan bulan yang mulia tu dengan amalan2 yang diberkati oleh Allah SWT

Sekian....

.

Friday, June 17, 2011

Delta Two Bar Soundtrack Melihat Dunia




Best soundtrack nie....cite nie pon best gak tapi sampai sekarang still tak tau progress sebenar cite nie... hope tak berkubur la cite nie.....tak sabar nak tengok....

Thursday, June 16, 2011

Hari Terbuka Pangkalan Udara Gong Kedak ( Home of Sukhoi )



Assalamualaikum....


Berita baik kepada semua peminat peminat Sukhoi kerana pada 24 dan 25 Jun 2011 akan diadakan hari terbuka pangkalan sempena ulangtahun TUDM yang ke - 53. Pelbagai atucara menarik disediakan untuk semua. 



pesawat yang terlibat dalam pameran static: 

MB339CM, Sukhoi, PC7 MkII, Alloute, Nuri, B200T, CN235

Pameran statik akan dibuat selama 2 hari... nie kali pertama Pangkalan Udara Gong Kedak sebelah kawasan pergerakan udara dibuka kepada umum...  So semua dijemput hadir memeriahkan hari terbuka nie..

Sekian...


Thursday, April 21, 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-2 PENGISYTIHARAN LUMUT BANDAR TENTERA LAUT DAN PAMERAN MARITIM



Assalamualaikum...


pengumuman pengumuman.....hehehe... Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-2 Pengisytiharan Lumut Bandar Tentera Laut pada 24 April 2011. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut adalah Pameran Maritim oleh unit-unit TLDM  seperti Pasukan Khas Laut dari KD PANGLIMA HITAM, Unit Udara TLDM atau Markas Udara, Pusat Hidrografi Nasional, Persatuan Perahu Layar TLDM, KD DUYONG atau Pusat Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM dan beberapa unit dan persatuan lain dari TLDM. Selain daripada unit dari TLDM, antara agensi luar yang akan turut serta dalam Pameran Maritim ini ialah Akademi Laut Malaysia (ALAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut, Pasukan Gerak Malaysia (PGM) dan Malaysian International Shipping Corporation atau MISC.   




Maklumat lengkap:



AKTIVITI SAMBUTAN BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-2 PERISYTIHARAN LUMUT SEBAGAI BANDAR TENTERA LAUT

22 Apr 11 (Jumaat)

3.00 ptg - 4.30 ptg
Perasmian oleh YAB Menteri Besar Perak diikuti gimik dan persembahan kawad senyap TLDM, seterusnya lawatan MB ke pameran
Dataran Lumut

4.30 ptg - 10.00 mlm
Pameran Maritim
Dataran Lumut

8.30 mlm
Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm
Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM
Dataran Lumut

23 Apr 11 (Sabtu)

10.00 pg - 10.00 mlm
Pameran Maritim
Dataran Lumut

4.30 ptg -6.00 ptg
Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)
-  Pencak Silat.
- Taekwondo.
- Judo.
- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

8.30 mlm - 9.00 mlm
Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm
Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM
Dataran Lumut
24 Apr 11 (Ahad)

10.00 pg - 4.00 ptg
Pameran Maritim
Dataran Lumut

11.00 pg - 12.30 tgh hari
hingga 4 ptg
Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)
-  Pencak Silat.
- Taekwondo.
- Judo.
- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

So kepada korang yang meminati dunia ketenteraan khususnya TLDM, korang boleh datang untuk mendekati dan memahami dengan lebih jelas peranan serta tugas yang dilakukan oleh TLDM. Ini antara peluang keemasan untuk korang. So datanglah memeriahkan majlis, sure korang takkan rugi..


sekian....


* sumber dari Dzirhan Mahadzir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...