Sunday, September 5, 2010

Kolonel Jihad - Antara Mitos dan Realiti







Abdul Manaf Bin Kasmuri dilahirkan pada 28 Mei 1955 di Kampung Batu 7 Jalan kebun, Klang, Selangor. Berkahwin pada tahun 1978 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah anglo Chinese School di bandar klang.


Beliau kemudiannya terpilih memasuki Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai seorang putera. Seterusnya menghadiri latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan Sungai Besi pada tahun 1973 sebelum melanjutkan pengajian di Royal Academy of Sandhurst di England UK. Pulang ke Malaysia pada 1976 dan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Sepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia, beliau telah memegang beberapa jawatan pemerintah dari peringkat platun hingga ke battalion, pegawai turus dari peringkat battalion hingga ke brigade, sebagai ketua divisyen Putera Maktab Tentera Diraja dan jurulatih di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA). Pernah bertugas di bawah panji panji PBB sebagai Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan di Crotia pada tahun 1993/1994


Beliau bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Seterusnya menceburkan diri di dalam lapangan kemanusiaan membantu pelarian pelarian terutamanya di kawasan kawasan konflik dan peperangan seperti di Bosnia, Kosovo, Afghanistan, Pakistan, Azad Kashmir, bangladesh / Myanmar ( Rohingya ) dan Ambon. Selain itu beliau juga bergiat didalam bidang perusahaan dengan menjadi pengurus dan pengarah kepada beberapa firma. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) selama 3 tahun lapan bulan bermula pada Februari 2003 sehingga dibebaskan pada Oktober 2006. Kini beliau bertugas di sebuah syarikat swasta sebagai Pengurus Besar dan menjawat Exco di dalam Global Peace Mission, sebuah organisasi bantuan kemanusiaan.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...