Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Strategi Perang Rasulullah SAW



Assalamualaikum...


seperti yang dijanjikan, arini aku nak buat review sikit pasal buku yang bertajuk Strategi Perang Rasulullah SAW. Buku ini adalah hasil nukilan  Muhammad Abu Ayyasy dan diterbitkan oleh Synergy Media. Bagi aku buku nie amat sesuai untuk dibaca kerana terdapat pelbagai strategi perang serta contoh bagaimana Rasulullah seorang pemimpin yang agung mengetuai pasukan tentera sehingga berjaya menimbulkan perasaan gerun di kalangan musuh islam. Selain itu Rasulullah juga tidak mengambil keputusan dengan cara yang terburu buru. Rasulullah akan terlebih dahulu meminta pandangan dari para sahabat sebelum mengambil sesuatu keputusan. Inilah sifat yang harus ada dalam diri setiap pemimpin. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal buku ini jom kita lihat sinopsis buku ini..


"Banyak tuduhan yang mengatakan bahawa Rasulullah ialah seorang pembunuh sekaligus penjahat perang. Baginda membangunkan ajaran islam dengan pedang dan kekerasan. Tujuan perang yang digencarkan adalah demi harta dan kekuasaan. Kemenangannya dalam berperang bukan kerana keimanan, kecerdasan dan kegagahannya melainkan kerana kelicikannya. Benarkah demikian??


Buku ini memberi jawapan dan penjelasan dengan berdasarkan fakta sejarah, data yang tepat, dan dalil yang kuat. Mengupas strategi perang Rasulullah yang tak tertandingi dan implimentasinya kepada dunia dakwah sekarang. membaca buku ini seolah olah kita melihat secara langsung kepiawaian Rasulullah dan tenteranya dalam menakluk musuh musuhnya.


Ada dua hal yang sangat menonjol dalam strategi perang Rasulullah. Pertama, hampir semua strategi peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah bersifat lebih dulu menyerang, kecuali pada perang Khandaq. Kedua sistem kebijaksanaan dan jaringan keamanan yang sangat unggul iaitu dengan membentuk pasukan ekspedisi dalam rangka pemetaan moden, penguasaan lapangan dan pengintipan. Oleh itu, strategi perang Rasulullah sangat berpotensi memenangi peperangan. Buku ini sangat baik untuk membuka minda kita.


Perang merupakan tahap akhir dalam perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Ia juga merupakan pengorbanan tertinggi bagi umat islam. Buku karya Muhammad Abu Ayyasy ini sangat bagus. Buku ini juga dapat menjadi rujukan kepada para aktivis pergerakan dakwah.



Sekian...

Saturday, October 2, 2010

Memoir Seorang Juruterbang

Memoir Seorang Juruterbang ini adalah catatan semi-kreatif perjalanan hidup Marsyal Muda Udara Tan Sri Dato’ Sulaiman bin Sujak yang bermula di Singapura dan pengalamannya berkhidmat di dalam Tentera Udara Diraja British dan seterusnya sebagai Ketua Turus Tentera Udara Diraja Malaysia 1967-1976 serta dunia awam yang dilaluinya setelah bersara ketika berusia 42 tahun. Sulaiman bin Sujak dilahirkan di Singapura pada 25 Mac 1934 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kota Raja dan Victoria School dan sempat belajar bahasa Jepun semasa pendudukan Jepun.


Hanya RM95 termasuk belanja pos. Pembayaran boleh
dibuat melalui Maybank atas nama Ramli Ab Rahim No Akaun 162106775233.
Nyatakan nama penuh, no telefon, alamat dan sertakan bersama salinan
jpeg slip bank-in kepada rar@mail.com. 016-6220603


Sunday, September 5, 2010

Kolonel Jihad - Antara Mitos dan Realiti







Abdul Manaf Bin Kasmuri dilahirkan pada 28 Mei 1955 di Kampung Batu 7 Jalan kebun, Klang, Selangor. Berkahwin pada tahun 1978 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah anglo Chinese School di bandar klang.


Beliau kemudiannya terpilih memasuki Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai seorang putera. Seterusnya menghadiri latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan Sungai Besi pada tahun 1973 sebelum melanjutkan pengajian di Royal Academy of Sandhurst di England UK. Pulang ke Malaysia pada 1976 dan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Sepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia, beliau telah memegang beberapa jawatan pemerintah dari peringkat platun hingga ke battalion, pegawai turus dari peringkat battalion hingga ke brigade, sebagai ketua divisyen Putera Maktab Tentera Diraja dan jurulatih di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA). Pernah bertugas di bawah panji panji PBB sebagai Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan di Crotia pada tahun 1993/1994


Beliau bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Seterusnya menceburkan diri di dalam lapangan kemanusiaan membantu pelarian pelarian terutamanya di kawasan kawasan konflik dan peperangan seperti di Bosnia, Kosovo, Afghanistan, Pakistan, Azad Kashmir, bangladesh / Myanmar ( Rohingya ) dan Ambon. Selain itu beliau juga bergiat didalam bidang perusahaan dengan menjadi pengurus dan pengarah kepada beberapa firma. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) selama 3 tahun lapan bulan bermula pada Februari 2003 sehingga dibebaskan pada Oktober 2006. Kini beliau bertugas di sebuah syarikat swasta sebagai Pengurus Besar dan menjawat Exco di dalam Global Peace Mission, sebuah organisasi bantuan kemanusiaan.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...