Tuesday, September 7, 2010

Resipi Ayam Golek Madu

akan dimasak bila adik aku balik nanti iaitu pada hari last puasa...hehehe..semalam aku dah janji dengan dia nak belanja ayam golek bila die balik...then aku terfikir baik aku buat sendiri lagi best...so pagi tadi time nak tunggu subuh..aku google la resipi ayam golek kat internet..jumpa la resipi kat bawah nie...resipi nie mudah je aku tengok..aku dah modified resipi nie dengan letakkan 3 sudu madu dan sos lada hitam kat dalam tu... ape akan jadi kat resipi nie, kene la tunggu hari last puasa ye...hehehe 






Bahan-bahan:

1 ekor ayam - bersihkan
5 ulas bawang putih
4 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu teh biji ketumbar
3 sudu madu
2 sudu sos lada hitam
1 sudu makan asam jawa
3 biji telur rebus
2 tangkai serai
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Pedal dan hati ayam


Cara penyediaan:

Tumbuk atau kisar bawang putih bersama biji ketumbar hingga halus.

Hiris pedal dan hati ayam halus-halus dan gaul bersama 1 sudu bahan tumbuk/kisar. 

Cincang telur rebus dan campur dengan campuran pedal dan hati. Gaul rata dan sumbatkan ke dalam perut ayam. Tutup bahagian ayam yang tebuka dengan sematan lidi.

Satukan santan, asam jawa, garam, madu, serai, daun pandan dan lebihan bahan yang telah ditumbuk/kisar. 

Masukkan ayam ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan campuran. Masak sehingga terbit minyak. Keluarkan ayam dan bakar dalam oven/ salai hingga masak.

Hidangkan bersama sos cili ala Thai.


*nak lagi sedap, lumurkan madu pada ayam time nak bakar...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...