Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Menu Berbuka

Assalamualaikum...


Arini untuk menu berbuka aku masak ikan bawal masak merah, murtabak maggi n tom yam... hehehehe... 




Sekian...



Saturday, August 27, 2011

Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum....

Arini aku buat siakap 3 rasa n ayam percik untuk menu berbuka...sekejap je siakap tu settle..tinggal tulang je...huhuhu


ps : takde la sedap sangat tapi untuk masuk ke tekak aku tu boleh la...hehehe

Sekian...

Wednesday, June 29, 2011

Daging Goreng Ala Cina



Assalamualaikum...


Arini aku nak kongsi satu lagi resipi iaitu Daging Goreng Ala Cina.. So selamat mencuba k..





bahan2:

1kg daging lembu ( potong nipis n perap dgn garam sikit )
1/2 biji lada benggala ( potong memanjang, warna merah, hijau n kuning )
4 ulas bawang putih ( dimayang )
1 inci halia ( dimayang )
2 sudu sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit serbuk lada putih/hitam
gula
daun ketumbar
daun bawang
1/2 cawan air
1 sudu minyak bijan ( tp aku xletak )
minyak masak ( utk menumis )

cara:

perap daging dgn garam dalam 10 minit. panaskan minyak n goreng daging smpai separuh masak/goreng sampai air daging tu kering.

masukkan halia n bawang putih, tumis sehingga wangi then gaulkan daging td hingga sebati.

msukkan kicap, sos tiram then goreng lagi. pastu masukkan air n biarkan mendidih.

masukkan serbuk lada putih/hitam, sedikit gula then goreng sehingga daging empuk.

last sekali masukkan lada benggala merah, hijau, dan kuning, daun ketumbar, dan daun bawang.

dah selesai.....selamat mencuba ye...hehehe

Sekian....


Saturday, April 30, 2011

Kek Coklat Moist



Assalamualaikum...


haaa....petang nie aku nak kongsi 1 resipi iaitu Kek Coklat Moist. Hurm...resipi nie aku dapat dari Kongsi Resipi kat facebook. Resipi nie dipostkan oleh Akak Norazizah Abdul Hamid. Thanks ye kak coz sudi kongsi resipi nie. Resipi nie dah lama aku nak buat tapi masa tak mengizinkan. So arini aku ada masa free sket so aku terus cuba buat.



tadaa...nie la hasilnya...lemak berkrim..hehehe... so kat bawah nie aku akan letak resipi tu, mane la tau korang nak cuba buat gak...hehehe...Selamat mencuba ye... :)

Resipi Kek Coklat Moist

Bahan - bahan;

3 cawan tepung gandum
3 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 s/t soda
1/2 s/t baking powder
1 cawan minyak jagung@ minyak masak biasa
1/2 cwan air
1 tin susu cair
4 biji telur
1 sudu teh emelco coklat/pes coklat
 secubit garam..


untuk membuat toping:

200 gm coklat masak
2 sudu besar susu pekat
6 sudu air panas.

dimasak secara double boiler

cara membuat;

-ayak tepung gandum,soda,baking.serbuk koko
-pukul telur sehingga kembang menjadi putih..
-gaulkan tepung menjadi rata ,masukkan sedikit garam,susu cair gaul lagi
-masukan air, gula,minyak gaul sehingga rata mengunakan spatula @ senduk pun boleh..
-last skali masukan telur yg dipukul kembang tadi bersama emelco coklat..gau
gris loyang yg besar x pasti brapa cm..
-masuk ke dalam loyang..kukus selama 1 jam...



p/s:
* jangan guna mixer time nak gaul bahan bahan utama coz kata akak norazizah kalo guna mixer time sejuk takot kek tu akan kecut.
* gaul dengan perlahan bahan bahan tu.
* aku kukus tadi dalam 45 minit je...guna lidi untuk tengok kek dah masak ke belum..
* boleh kurangkan gula kalo tak suka manis.


selamat mencuba....Sekian..

Tuesday, January 4, 2011

Ayam Golek Madu

assalamualaikum..


hehehe...so seperti tajuk yang tertera diatas, ini adalah percubaan kedua aku buat ayam golek madu... yang pertama aku buat adalah pada hari terakhir puasa tahun lepas... nak cakap sedap tu takdela sedap mane pon.. just suka2 sambil isi masa yang takde nak buat ape tu..hehehe... resipi nie ambik dari internet pastu ubah ikot citarasa sendiri... tak susah pon nak buat ayam golek nie...mudah je...kat bawah tu gambar ayam golek yang tengah dalam proses nak buat n yang dah siap...






ayam yang tengah mandi kat dalam periuk








yang nie pulak time dah lepas bakar n sedia untuk di ngap..haha..tak sampai 5 minit pinggan tu jadi kosong...hahaha..ajaib2


resipi nie aku suggest korang cuba la...tak susah tapi kene sabar sikit la coz kene tengok2 selalu time rebus ayam tu...overcook xsedap jugak...hehe...kalo nak cuba, korang boleh tengok kat SINI... korang boleh ubah ikot citarasa sendiri kalo nak....selamat mencuba..

Monday, November 15, 2010

Nasi Dagang

Assalamualaikum


hurmm...nasi dagang nie memang favourite aku la.....tiap2 kali balik kg mesti kene ade nasi nie selain keropok lekor...hurm...almaklumla orang Terengganu...hehehe...petang nie aku nak kongsi resipi nasi dagang...resipi nie dapat dari mak aku...hehehe..jom kita tengok resipi die


(BAHAN-BAHAN)
-1 KG IKAN TONGKOL / KEMBUNG (REBUS)
-6 BIJI BAWANG MERAH KECIL KISAR BERSAMA HALIA DAN BWG PUTIH
-HALIA SETENGAH INCI BERSAMA 2 ULAS BWG PUTIH
-REMPAH KARI IKAN ADABI 1 PEKET
-SANTAN BIASA 4 CAWAN
-GULA MELAKA 1 SEPARUH BULAT
-KALO NAK LETAK UDANG PON BOLEH JUGAK

(CARA MEMBUAT GULAI KARI IKAN)
-TUMIS BWG YG D KISAR HINGGA NAIK BAU
-MASUKKAN REMPAH KARI
-TUNGGU SEKEJAP MASUKKAN SANTAN
-BIAR MENDIDIH MASUKKAN CILI HIJAU BSR 5 BIJI

(NASI)
-1 KG BERAS WANGI
-SANTAN CAIR 1 CWN
-SANTAN PEKAT 1 CWN + SECUBIT GARAM
-BWG MERAH 3 BIJI D MAYANG + HALBA+ HALIA
-HALIA SETENGGAH INCI
-HALBA 1 SUDU TEH
-GULA 1 CAMCA / SUDU BSR
-DAUN PANDAN 2 HELAI

(CARA-CARA)
-KLAU NK MSK PAGI,RENDAM BRS SEMALAMAN
-KUKUS SEHINGGA BERWAP DAN MSK
-ANGKAT DAN CAMPURKAN SANTAN CAIR GAUL HINGGA RATA
-KUKUS SELAMA 30 MINIT BERSAMA DAUN PANDAN 
-ANGKAT CAMPURKAN SANTAN PEKAT BERSAMA HALBA,HALIA ,BWG MERAH YG TLH D MAYANG (GAUL RATA)


Tuesday, September 7, 2010

Resipi Ayam Golek Madu

akan dimasak bila adik aku balik nanti iaitu pada hari last puasa...hehehe..semalam aku dah janji dengan dia nak belanja ayam golek bila die balik...then aku terfikir baik aku buat sendiri lagi best...so pagi tadi time nak tunggu subuh..aku google la resipi ayam golek kat internet..jumpa la resipi kat bawah nie...resipi nie mudah je aku tengok..aku dah modified resipi nie dengan letakkan 3 sudu madu dan sos lada hitam kat dalam tu... ape akan jadi kat resipi nie, kene la tunggu hari last puasa ye...hehehe 






Bahan-bahan:

1 ekor ayam - bersihkan
5 ulas bawang putih
4 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu teh biji ketumbar
3 sudu madu
2 sudu sos lada hitam
1 sudu makan asam jawa
3 biji telur rebus
2 tangkai serai
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Pedal dan hati ayam


Cara penyediaan:

Tumbuk atau kisar bawang putih bersama biji ketumbar hingga halus.

Hiris pedal dan hati ayam halus-halus dan gaul bersama 1 sudu bahan tumbuk/kisar. 

Cincang telur rebus dan campur dengan campuran pedal dan hati. Gaul rata dan sumbatkan ke dalam perut ayam. Tutup bahagian ayam yang tebuka dengan sematan lidi.

Satukan santan, asam jawa, garam, madu, serai, daun pandan dan lebihan bahan yang telah ditumbuk/kisar. 

Masukkan ayam ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan campuran. Masak sehingga terbit minyak. Keluarkan ayam dan bakar dalam oven/ salai hingga masak.

Hidangkan bersama sos cili ala Thai.


*nak lagi sedap, lumurkan madu pada ayam time nak bakar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...