Friday, January 21, 2011

Cineplex Pangkalan Udara Gong Kedak

Assalamualaikum....


Pada 15 Jan yang lalu telah diadakan satu majlis perasmian pembukaan cineplex Pangkalan Udara Gong Kedak. cineplex ini dibuat di Dewan Serbaguna Pangkalan. Tayangan adalah setiap hari jumaat dan sabtu pada sebelah malam. Anggota anggota jugak boleh buat side income kerana pihak pangkalan membenarkan para anggota untuk membuka gerai jualan di sekitar Dewan Serbaguna tersebut. Hurm, rasanya kat daerah Besut nie takde lagi panggung so Cineplex PU Gong Kedak adalah panggung pertama di daerah ini dan jugak maybe kat negeri Terengganu kot. Sepanjang aku duduk kat Terengganu nie tak pernah aku dengar ade panggung kat negeri nie. Pape pon nie jugak merupakan satu aktiviti yang bermanfaat kepada semua penghuni PU Gong Kedak. Terima kasih diucapkan kepada Komander Pangkalan kerana mencetuskan idea yang bernas ini. 


Sekian...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...