Saturday, March 24, 2012

Blog Bersawang....

Assalamualaikum...


Hehehehe.... Akhirnya setelah hampir 3 bulan tak update arini dapat jugak aku jenguk n update blog aku nie.... huhuhu, bukan taknak update tapi terlampau sibuk dengan kerja - kerja yg memang sentiasa berlambak.... sabo jelah ye... kan best kalo ade PA, ringan sikit beban tu....huhuhu... Selain sibuk dengan tugas, memburukkan lagi keadaan ialah aku lupa password blog nie...hahaha.... jenuh try tapi still tak boleh access akaun nie... mati kutu jadinya.... Setelah lama bersabar akhirnya semalam terbit sinar baru bile aku rocover balik akaun nie... ingatkan susah tapi senang je (RESET PASSWORD)....nape la dari dulu aku terlupa cara nie ye...huhuhu...



By the way, dalam masa 3 bulan nie banyak betul perkara yang berlaku.... Gembira ada sedih ada semua ada... Kejadian paling mengemparkan adalah pembunuhan kejam adik Dirang... time aku tengok berita tu aku turut sebak.... walaupon takde anak lagi tapi perasaan hiba n rasa kehilangan tu ada dalam diri aku... Aku hanya mengucap panjang bile unit forensik bagitau rangka yang ditemui tu adalah Dirang.... kejam betul manusia nie kan ( layak ke dipanggil manusia?)... pape pon perkara nie dah terjadi... sama2 kita ambil iktibar di atas perkara ini... 


Lepas tu pada 1 Mac 2012 merupakan tarikh keramat kepada semua anggota anggota Tentera Darat kerana pada tarikh itu mereka menyambut Hari Ulang Tahun penubuhan TD yang ke 79.. dalam usia 79 tahun pelbagai ranjau dan rintangan yang mereka semua tempuhi... Dalam 79 tahun tu jugak pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang mereka perolehi hasil dari kesungguhan, semangat serta komited pada tugas yang diberikan. Anugerah yang diperolehi bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga dari luar negara.... Dalam usia 79 tahun ini mereka amat digeruni dan disegani oleh kawan dan lawan... Tentera Darat juga turut dijadikan tempat rujukan kepada tentera tentera yang ingin mempelajari taktik peperangan di hutan.... ini kerana Tentera Darat merupakan organisasi yang amat2 arif mengenai selok belok peperangan di hutan... tidak hairanlah jika mereka sentiasa menjadi pendidik kepada pasukan pasukan khas dari serata dunia yang ingin mempelajari cara cara peperangan di hutan... 
Al-Fatihah kepada anggota yang beragama islam yang gugur semasa berkhidmat...


Pada hari ini 24 Mac 2012 akan diadakan sambutan Hari Polis yang ke 205 di Dataran Merdeka. Sambutan ini dibuat bagi menghargai jasa serta pengorbanan anggota anggota polis yang berkhidmat dalam menjaga keamanan negara. sama2lah kita memenuhi Dataran Merdeka pada malam ini... sebenarnya event ini dah mula jam 10.00 AM lagi dan dijangka habis pada jam 1.00 AM... pelbagai acara menarik yang disediakan di sana ini termasuklah pelancaran maskot rasmi PDRM.... so jom pakat ramai ramai kita memeriahkan acara ini. 


Tu je kot aku nak mengomel arini.... lama sangat tak mengupdate sampai tak tau nak taip ape...huhuhu... Insyaallah nanti aku akan update pasal sambutan Hari Ulang Tahun TLDM dan TUDM plak.... adioss..


Sekian....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...