Saturday, March 31, 2012

Temuduga Terbuka Perajurit Muda TLDM

Assalamualaikum....


Flight Deck Crew




Merujuk perkara di atas, saya dengan sukacitanya...cewahh...dah macam tulis surat rasmi la pulak kan...hahaha... oklah back to the main topic... Nie ade info yang aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) akan mengadakan Temuduga Terbuka Perajurit Muda bagi lelaki dan wanita bagi intake 207/2012. Ini adalah bagi jawatan lain lain pangkat untuk pelbagai bidang dan kepakaran. So kepada yang berminat korang boleh la menghadiri temuduga tersebut di pusat pusat yang telah disediakan.. Sebelum tu jom kita tengok kelayakan yang diperlukan bagi menghadiri temuduga tersebut..



Kelayakan Akademik.
- Sijil Pelajaran Malaysia  @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, atau:


- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.  


Anggota KD PANGLIMA HITAM



  
 Lain Lain Kelayakan.
* Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara  18 hingga  23 
   tahun pada tarikh angkat sumpah 24 Sep 2012. 
* Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.  
* Berat badan minima  49 kg  (Lelaki) 40.5 kg  (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya  1.62 meter  (Lelaki)            1.60 meter  (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 19 - 26.9 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita). 


Cara pengiraan: 
               BMI : (               Berat/kg                ) 
                           Tinggi(meter) / Tinggi(meter) 


* Ukuran dada biasa 76 sm dan kembang 81 sm (Lelaki sahaja). 
* Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak kabur warna.  


Serikandi Negara




Sijil dan Dokumen Yang Perlu Korang Bawak.
* Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang  ASAL. Kad Pengenalan (MY Kad), Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada), Sijil Kelahiran Pemohon,  Penyata/Sijil SPM/SPMV/SKM/PMR,  Sijil Berhenti Sekolah  (tamat tingkatan 5), Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain.  A - 2 
* Pemohon juga dikehendaki membawa bersama  sekeping gambar terbaru berukuran pasport (gambar tidak akan dikembalikan) dan sampul surat berukuran 16 sm x 23 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri. 
* Kepada pemegang Kad Pengenalan Sementara, kemasukan untuk menyertai perkhidmatan ATM ditangguhkan sehingga pemohon memiliki MY Kad. 


Pusat Pemilihan.
*Untuk jadual pemilihan n tempatnya korang boleh tengok jadual kat bawah tu. Waktu pendaftaran dibuka start jam 0900 pagi hingga 1000 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju ‘T’ berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan
berstokin.  


Pusat Temuduga


Tangga gaji dalam perkhidmatan

Untuk pertanyaan lagi lanjut korang boleh rujuk perkara nie kat alamat nie:

Markas Tentera Laut 
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia - Bantuan 
Wisma Pertahanan 
Jalan Padang Tembak  
50634 KUALA LUMPUR 
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP) 
Telefon: 03 – 20713177/6925 
Laman Web: www.navy.mil.my

So kepada yang berminat untuk menjadi "Navy People" korang boleh la menghadirkan diri di tempat tempat yang telah ditetapkan.. 

Battel Station
* Gambar dan info dari TLDM
Sekian...


2 comments:

Narcissus Oddblogger said...

suddenly this entry reminds me during the time my brother join the navy force. =)

Anak Merdeka said...

owh ic.... now die base kat mane?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...