Assalamualaikum..
Setinggi tinggi tahniah kepada Skuad Hoki Remaja Negara kerana berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia yang berlangsung di Stadium Hockey Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Skuad Negara menjadi juara apabila menewaskan Pakistan di perlawanan akhir sebentar tadi dengan jaringan 2 - 0. Penantian selama 20 tahun akhirnya berakhir malam ini. Kali terakhir Malaysia berada di pentas akhir kejohanan ini adalah pada 1992. Malaysia dikalahkan oleh lawan yang sama mereka kalahkan pada malam ini dengan jaringan 3 - 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Ipoh.
Sementara itu bagi penentuan tempat ke 3 dan 4 yang berlangsung tadi, pasukan India berjaya menewaskan pasukan Korea untuk mengisi tempat ketiga kejohanan ini juga dengan jaringan 2 - 1. Walaubagaimanapun perlawanan petang tadi terpaksa dilanjutkan sehingga ke masa tambahan kerana kedua dua pasukan terikat dengan jaringan 1 - 1. Ketua pasukan India menjadi wira mereka apabila menjaringkan gol pada masa tambahan.
Untuk makluman semua, kesemua pasukan yang berjaya masuk ke perlawanan separuh akhir akan layak secara automatik ke aksi Piala Dunia Remaja yang akan berlangsung pada tahun hadapan di India.
Sekian...
No comments:
Post a Comment