Assalamualaikum....
Lama tak update blog nie.... dah hampir seminggu.... sibuk dengan tugas...hehehe... ok arini aku nak kongsi info pasal tarikh dan cara untuk menyemak arah kiblat... Bagi kita sebagai umat islam yang mengamalkan solat 5 waktu setiap hari, arah kiblat adalah sangat sangat penting bagi mencari keredhaan Allah SWT. Seperti yang kita tahu, arah kiblat kita adalah ke arah Kaabah di Makkah. So bagi menyempurnakan solat
tersebut, arah kiblat yang kita gunakan mestilah tepat. Jadi untuk pengetahuan korang pada setiap tahun Matahari akan berada betul2 tegak di atas kaabah sebanyak 2 kali.
Jadi inilah peluang kita sebagai umat islam mengemaskini arah kiblat di rumah masing masing atau dimana je tempat yang kita gunakan untuk bersolat. Dibawah nie adalah detail mengenai dua tarikh tersebut serta masa matahari berada betul betul tegak di atas Kaabah:
Tarikh : 28 May 2012 / 16 Julai 2012
Masa : Jam 1716 / Jam 1728 ( waktu Malaysia )
Jadi bagaimana untuk menentukan arah kiblat pada tarikh tersebut? Mudah sahaja, korang hanya perlu menyediakan sebatang kayu yang lurus dan juga tempat lapang yang mudah terkena cahaya matahari. Kemudian korang pacakkan kayu tersebut di tempat lapang yang telah korang kenalpasti. Pastikan kayu tersebut berada tegak 90 darjah.Kemudian apabila telah sampai waktu yang telah ditetapkan tadi, korang perlu melihat arah bayang bayang yang terhasil dari kayu tersebut. Kemudian buatkan 1 garisan selari dengan bayang bayang yang terbentuk ke arah matahari dan itulah dia arah kiblat korang yng betul....
So sekarang dah tau cara cara untuk menentukan arah kiblat kan?... So nanti dah sampai tarikh dan masa yang ditetapkan korang boleh la mencuba. Ini penting agar solat yang kita lakukan nanti benar benar diterima oleh Allah SWT...
kredit kepada Falak Online untuk info ini..
Sekian...
No comments:
Post a Comment