Tuesday, January 11, 2011

Close Personal Protection Training n Service (CPPTS)

Assalamualaikum...


haa...petang nie aku nak promote sikit pasal Close Personal Protection Training n Service. Mungkin korang pernah dengar atau terbaca kat majalah pasal CPPTS nie. Mungkin korang tertanya tanya ape CPPTS nie. CPPTS nie adalah sebuah syarikat yang melatih Pengiring Orang Kenamaan atau dengan kata lain Bodyguard dan  dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Dengan Motto "KAWALAN RAPAT TONGGAK MATLAMAT"  Syarikat ini telah diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang amat amat berkemampuan dalam melatih dan melahirkan Pengiring Orang Kenamaan melalui Kursus Pengiring Orang Kenamaan ( POK ) yang ditawarkan oleh syarikat ini. 










Didalam kursus tersebut, para peserta akan dilatih oleh mereka mereka yang amat amat berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Setelah bertapak lebih dari 10 tahun, CPPTS mengorak langkah dengan mempelbagaikan kursus yang dianjurkan oleh mereka. selain kursus POK, CPPTS juga menyediakan beberapa kursus iaitu:


1.  Women Respond Technique ( WRT ).  
2. CPP Taekwondo 


Women Respond Technique ( WRT )


Kursus ini ditawarkan khas kepada para wanita yang ingin mempelajari teknik teknik mematahkan serangan dari pihak yang berniat jahat kepada mereka. Modul yang diberikan kepada peserta telah diuji terlebih dahulu keberkesanannya. Teknik ini diketengahkan setelah pihak CPPTS mendapati teknik teknik mempertahankan diri sebelum ini kurang menyengat. Bertitik tolak dari itu, mereka telah melakukan kajian demi kajian untuk mewujudkan satu teknik yang mudah dan berkesan. Maka lahirlah teknik WRT ini. Jadi inilah peluang kepada wanita wanita untuk menambahkan ilmu yang mudah dan berkesan dalam mematahkan serangan pihak pihak tertentu.










CPP Taekwondo


Kursus ini pula ditawarkan kepada mana mana individu yang ingin memahir dan mempelajari teknik teknik mempertahankan diri. Kursus ini dikendalikan oleh mereka mereka yang mempunyai latar belakang dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Jadi jika korang rasa nak menuntut ilmu mempertahankan diri, korang boleh la menuntuk dengan CPPTS nie....










Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang kursus kursus yang ditawarkan, anda boleh berhubung terus dengan CPPTS di:


Facebook CPPTS
www.cppts.com


atau menghubungi mereka di:


35-2, Jalan Puteri 7/10, Bandar Puteri,47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-8068 6536
Fax : 03-8068 6563
Hotline : 012-568 3329
Email : cpp.services@yahoo.com



Sekian....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...