Saturday, March 19, 2011

Hari Terbuka Pangkalan Udara Kuantan (sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang ) update

Assalamualaikum.....


Seperti yang dijanjikan, malam nie aku nak update pasal Hari Terbuka PU Kuantan. Seperti yang semua tahu, Hari Terbuka nie telah diadakan pada hari sabtu lepas iaitu pada 12 Mac 2011. Seperti yang dijangkakan, Hari Terbuka kali ini memang lebih hebat dari versi tahun lepas yang juga berlangsung di pangkalan yang sama. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan semasa hari terbuka ini berlangsung dan yang paling paling ditunggu tunggu oleh pengunjung semestinya segmen pertunjukan udara yang dilakukan oleh skuadron skuadron yang terdapat dalam TUDM. Pertunjukan udara dilakukan oleh pesawat pesawat seperti Su-30 MKM, F/A 18 Hornet, MiG 29N, Hawk 108/208, Ammerchi MB339 CM selain demo dari anggota anggota PASKAU yang menggunakan helikopter NURI. Selain pertunjukan udara, pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat kesemua pesawat pesawat TUDM di segmen pameran statik selain dapat beramah mesra dengan juruterbang juruterbang yang terdapat di setiap booth skuadron. 


Keterujaan pengunjung dapat dilihat kerana walaupon keadaan di sekitar Kuantan pada ketika itu dalam keadaan lembab kerana dilanda hujan, ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat pengunjung untuk terus berada di sana bagi melihat sendiri kesemua aset aset yang dimiliki oleh TUDM. Keadaan ini menyebabkan para anggota yang terlibat dalam Hari Terbuka ini merasakan kerja kerja persiapan dan latihan yang mereka lakukan untuk Hari Terbuka ini dihargai oleh semua pengunjung. Ini merupakan salah satu sebab kenapa Hari Terbuka kali ini lebih meriah dan hebat dari edisi yang sebelumnya. 


"Thank you to all military enthusiasts who keep on supporting us and push us into being the best for the country...your never-ending enthusiasm is what makes us proud to be the best"


Ayat di atas adalah dari seorang juruterbang berpengalaman negara iaitu Mej Azman Jantan callsign Mantan. Mej Azman adalah merupakan salah seorang juruterbang pesawat pejuang Su-30 MKM. Ayat itu sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana perasaan beliau apabila melihat sambutan dan sokongan para pengunjung terhadap Hari Terbuka kali ini.


 Sokongan anda semua amat kami perlukan bukan sahaja dalam pertunjukan sebegini tetapi juga dalam semua kerja yang kami lakukan. Sokongan anda akan membuatkan kami lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas tugas yang mencabar dalam menjaga kedaulatan ruang udara negara dari dicerobohi oleh anasir anasir yang cuba untuk mengucar kacirkan pertahanan negara. Anda adalah tunjang kekuatan kami.


ermm...tu je nak cakap time nie. Untuk gambar nanti aku upload ye...Time nie internet tenat sangan...hahahaha...bubye...hehehe


Sekian.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...