Thursday, April 21, 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-2 PENGISYTIHARAN LUMUT BANDAR TENTERA LAUT DAN PAMERAN MARITIM



Assalamualaikum...


pengumuman pengumuman.....hehehe... Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-2 Pengisytiharan Lumut Bandar Tentera Laut pada 24 April 2011. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut adalah Pameran Maritim oleh unit-unit TLDM  seperti Pasukan Khas Laut dari KD PANGLIMA HITAM, Unit Udara TLDM atau Markas Udara, Pusat Hidrografi Nasional, Persatuan Perahu Layar TLDM, KD DUYONG atau Pusat Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM dan beberapa unit dan persatuan lain dari TLDM. Selain daripada unit dari TLDM, antara agensi luar yang akan turut serta dalam Pameran Maritim ini ialah Akademi Laut Malaysia (ALAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut, Pasukan Gerak Malaysia (PGM) dan Malaysian International Shipping Corporation atau MISC.   




Maklumat lengkap:



AKTIVITI SAMBUTAN BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-2 PERISYTIHARAN LUMUT SEBAGAI BANDAR TENTERA LAUT

22 Apr 11 (Jumaat)

3.00 ptg - 4.30 ptg
Perasmian oleh YAB Menteri Besar Perak diikuti gimik dan persembahan kawad senyap TLDM, seterusnya lawatan MB ke pameran
Dataran Lumut

4.30 ptg - 10.00 mlm
Pameran Maritim
Dataran Lumut

8.30 mlm
Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm
Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM
Dataran Lumut

23 Apr 11 (Sabtu)

10.00 pg - 10.00 mlm
Pameran Maritim
Dataran Lumut

4.30 ptg -6.00 ptg
Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)
-  Pencak Silat.
- Taekwondo.
- Judo.
- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

8.30 mlm - 9.00 mlm
Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm
Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM
Dataran Lumut
24 Apr 11 (Ahad)

10.00 pg - 4.00 ptg
Pameran Maritim
Dataran Lumut

11.00 pg - 12.30 tgh hari
hingga 4 ptg
Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)
-  Pencak Silat.
- Taekwondo.
- Judo.
- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

So kepada korang yang meminati dunia ketenteraan khususnya TLDM, korang boleh datang untuk mendekati dan memahami dengan lebih jelas peranan serta tugas yang dilakukan oleh TLDM. Ini antara peluang keemasan untuk korang. So datanglah memeriahkan majlis, sure korang takkan rugi..


sekian....


* sumber dari Dzirhan Mahadzir

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...