Friday, April 15, 2011

Strategi Perang Rasulullah SAW



Assalamualaikum...


seperti yang dijanjikan, arini aku nak buat review sikit pasal buku yang bertajuk Strategi Perang Rasulullah SAW. Buku ini adalah hasil nukilan  Muhammad Abu Ayyasy dan diterbitkan oleh Synergy Media. Bagi aku buku nie amat sesuai untuk dibaca kerana terdapat pelbagai strategi perang serta contoh bagaimana Rasulullah seorang pemimpin yang agung mengetuai pasukan tentera sehingga berjaya menimbulkan perasaan gerun di kalangan musuh islam. Selain itu Rasulullah juga tidak mengambil keputusan dengan cara yang terburu buru. Rasulullah akan terlebih dahulu meminta pandangan dari para sahabat sebelum mengambil sesuatu keputusan. Inilah sifat yang harus ada dalam diri setiap pemimpin. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal buku ini jom kita lihat sinopsis buku ini..


"Banyak tuduhan yang mengatakan bahawa Rasulullah ialah seorang pembunuh sekaligus penjahat perang. Baginda membangunkan ajaran islam dengan pedang dan kekerasan. Tujuan perang yang digencarkan adalah demi harta dan kekuasaan. Kemenangannya dalam berperang bukan kerana keimanan, kecerdasan dan kegagahannya melainkan kerana kelicikannya. Benarkah demikian??


Buku ini memberi jawapan dan penjelasan dengan berdasarkan fakta sejarah, data yang tepat, dan dalil yang kuat. Mengupas strategi perang Rasulullah yang tak tertandingi dan implimentasinya kepada dunia dakwah sekarang. membaca buku ini seolah olah kita melihat secara langsung kepiawaian Rasulullah dan tenteranya dalam menakluk musuh musuhnya.


Ada dua hal yang sangat menonjol dalam strategi perang Rasulullah. Pertama, hampir semua strategi peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah bersifat lebih dulu menyerang, kecuali pada perang Khandaq. Kedua sistem kebijaksanaan dan jaringan keamanan yang sangat unggul iaitu dengan membentuk pasukan ekspedisi dalam rangka pemetaan moden, penguasaan lapangan dan pengintipan. Oleh itu, strategi perang Rasulullah sangat berpotensi memenangi peperangan. Buku ini sangat baik untuk membuka minda kita.


Perang merupakan tahap akhir dalam perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Ia juga merupakan pengorbanan tertinggi bagi umat islam. Buku karya Muhammad Abu Ayyasy ini sangat bagus. Buku ini juga dapat menjadi rujukan kepada para aktivis pergerakan dakwah.



Sekian...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...