Thursday, April 14, 2011

Syair seorang syuhada



Mati bagiku tak menjadi masalah
Asalkan ada redha dan rahmat Allah
Dengan jalan apa pun kematian itu terjadi
Asalkan kerinduan kepadaNya dipenuhi
Kuberserah menyerah kepadaNya
Sesuai dengan takdir dan kehendakNya
Semoga rahmat dan berkat Allah tercurah
Pada setiap belahan daging dan titisan darah




Syair ini adalah kata kata terakhir seorang sahabat iaitu Khubaib bin Adiy yang gugur ketika menegakkan agama Allah SWT. Dia bersama dengan 9 orang lagi sahabat dipilih oleh Rasulullah SAW untuk melakukan tinjauan serta risikan mengenai tujuan dan gerakan orang orang quraisy dalam menghadapi peperangan selepas ini. Walaubagaimanapun, mereka seramai 10 orang telah dikepung oleh tentera musuh yang berkekuatan 100 orang. Mereka dihujani dengan anak anak panah dari tentera musuh menyebabkan 8 orang terbunuh. Khubaib bersama Zaid bin Disinah walaubagaimanapun terselamat dari maut. Khubaib dan zaid ditangkap oleh tentera musuh dan diseksa. Zaid diseksa dengan cara ditusuk, disula dari dubur hingga tembus ke bahagian atas badan.


Khubaib pula disalib dan diseksa dengan anak panah dan mata pedang hingga terbunuh. Sebelum diseksa, Khubaib diberi tawaran untuk dibebaskan tetapi dengan syarat dia mesti meninggalkan Rasulullah dan agama islam. Akan tetapi dengan keimanan yang tinggi, dia memilih untuk terus berada di dalam agama islam kerana percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa.


Allahhuakbar..besarnya pengorbanan para sahabat dalam menegakkan agama agung ini. Sanggup diseksa sedemikian rupa agar agama ini tetap utuh. Cuba kita sama sama renungkan adakah kita sanggup melakukan perkara yang sama bagi menjaga dan memastikan agama Allah SWT ini tidak hilang di muka bumi ini. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk kita menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada agama Allah ini. Terpulang kepada individu itu sendiri tetapi ianya mestilah berlandaskan kepada ajaran agama islam yang maha suci ini.


sekian...  
*ps: syair n kisah tu dipetik dari buku Strategi Perang Rasulullah. nanti aku buat review pasal buku nie..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...