Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Menentukan Arah Kiblat

Assalamualaikum....


Lama tak update blog nie.... dah hampir seminggu.... sibuk dengan tugas...hehehe... ok arini aku nak kongsi info pasal tarikh dan cara untuk menyemak arah kiblat... Bagi kita sebagai umat islam yang mengamalkan solat 5 waktu setiap hari, arah kiblat adalah sangat sangat penting bagi mencari keredhaan Allah SWT. Seperti yang kita tahu, arah kiblat kita adalah ke arah Kaabah di Makkah. So bagi menyempurnakan solat

Wednesday, April 18, 2012

Maher Zain - Number One For Me

Assalamualaikum...

Sungguh bermakna lagu ini.... aku tujukan khas lagu ini buat ibuku yang tercinta.... mmmuuaaahhh sayang mak..



I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you

Tuesday, December 20, 2011

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Assalamualaikum....


Untuk peringatan kita semua... Sama sama kita baca n beringat selepas ini..



sedut kat Sini

Sekian....

(Lawak) Cucu Heret Nenek Atas Tikar Tengok TV Drama (UIA Gombak) - Ustaz...



ahahaha....aku suka tengok ceramah dari ustaz azhar Idrus nie... cara penyampaian yang menarik...

Sunday, November 6, 2011

Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum....

nie picture time majlis korban tadi.... taknak cakap banyak...nak post gambar je petang nie...hehe... layannn


Friday, August 26, 2011

Pemergiannya Ditangisi

Assalamualaikum n selamat sejahtera semua...

Sedar atau tak bulan paling mulia akan pergi meninggalkan kita tak lama lagi. Apa yang kita dah buat selama bulan yang penuh rahmat nie ada bersama kita? harap2 kita semua sentiasa mendampinginya dengan amalan - amalan yang  mendapat rahmat dari Allah SWT. Selain itu kita juga sebagai umat Nabi Muhammad SAW amat amat bertuah kerana dikurniakan satu malam yang amat amat bernilai. Malam tersebut tiada di bulan bulan yang lain. Kerana sayangnya Allah kepada kekasihnya Nabi Muhammad, maka Allah telah menganugerahkan kepada umat Baginda SAW satu malam yang penuh rahmat. Atas sebab apa umat Rasulullah SAW mendapat malam tersebut?? kita semua mendapat anugerah yang tidak ternilai itu kerana umur umat Baginda SAW amat pendek berbanding dengan umat umat Nabi lain.  Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. So sama samalah kita semua berusaha untuk mendapatkan malam Lailatulqadar tersebut. Insyaallah...

Sekian..

Saturday, July 30, 2011

Sambutan Hari Pahlawan & Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum.....

Dah lama benar aku tak update blog nie disebabkan kesibukan dan juga keadaan yang tak mengizinkan aku umtuk meng"update" blog nie...

Mungkin ramai yang terlepas pandang tarikh 31 Julai setiap tahun. Kenapa dengan tarikh tersebut? untuk pengetahuan anda semua, pada tarikh tersebut adalah merupakan tarikh sambutan Hari Pahlawan. Ia diadakan bagi mengingati para pejuang tanah air yang gugur semasa era darurat dahulu. Mungkin korang masih ingat semasa sekolah dahulu ada kutipan Hari Pahlawan. Kutipan tersebut disalurkan kepada para pahlawan dan keluarga mereka.

Para pahlawan negara tidak kira latar belakang agama dan bangsa sama - sama menabur bakti dan menggadaikan nyawa demi melihat negara kita ini bebas dan aman seperti sekarang. Berapa ramai diantara mereka yang terkorban dan cacat kerana terlibat dalam pelbagai operasi melawan keganasan suatu ketika dahulu. Ada di kalangan pahlawan negara serta keluarga mereka sekarang ini hidup dalam serba kedaifan.

Betapa beruntungnya kita dapat hidup dalam keadaan aman seperti sekarang ini. Berapa ramaikah diantara kita yang mengenang dan mengingati jasa jasa mereka ini??? Adakah nasib mereka ini terbela setelah menyerahkan jiwa mereka kepada negara semata mata ingin melihat negara tercinta ini bebas dari anasir anasir yang tidak diingini.

Marilah sama - sama kita mengenang kembali jasa para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi anak bangsa dan agama yang tercinta. Negara tercinta ini dibina dengan darah dan pengorbanan oleh mereka. Tanpa mereka semua kita tidak akan hidup dalam keadaan harmoni seperti hari ini. Jasa dan pengorbanan mereka tiasa galang gantinya.

"Dengan sesungguhnya mengaku dan bersetuju bahawasanya saya akan menumpukan segala taat setia yg sejati kebawah duli yang maha mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan kepada negara dan bahawasanya saya akan menunaikan kewajipan saya dengan hati yg tulus ikhlas dan setia dan mempertahankan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan negara drpd segala musuh dan saya akan taat dan patuh terhadap segala titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang diperintahkan keatas saya"

GEMPUR WIRA!!!!!
Al-Fatihah kepada para pahlawan beragama islam..
P/S: Sambutan Hari Pahlawan akan diadakan esok di Dataran Pahlawan. Orang ramai dijemput hadir.

Ramadhan Al Mubarak..

Esok juga merupakan hari paling bermakna bagi semua umat islam. Ini kerana esok merupakan hari dimana anak bulan akan dicerap dan insyaAllah jika anak bulan dapat dilihat kita semua akan mula berpuasa pada 1 Ogos ini iaitu jatuh pada hari isnin. So selamat menjalani ibadah puasa kepada semua member2 beragama islam ye. Semoga kita semua dapat memenuhkan bulan yang mulia tu dengan amalan2 yang diberkati oleh Allah SWT

Sekian....

.

Saturday, April 16, 2011

Maha pengasih lagi Maha mengetahui



Assalamualaikum...


Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu


Ya Muhaimin,
 jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu


Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling dari hatiMu


Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindulah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu


Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kasihMu,
janganlah kenikmatan itu,
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu


Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Thursday, April 14, 2011

Syair seorang syuhada



Mati bagiku tak menjadi masalah
Asalkan ada redha dan rahmat Allah
Dengan jalan apa pun kematian itu terjadi
Asalkan kerinduan kepadaNya dipenuhi
Kuberserah menyerah kepadaNya
Sesuai dengan takdir dan kehendakNya
Semoga rahmat dan berkat Allah tercurah
Pada setiap belahan daging dan titisan darah




Syair ini adalah kata kata terakhir seorang sahabat iaitu Khubaib bin Adiy yang gugur ketika menegakkan agama Allah SWT. Dia bersama dengan 9 orang lagi sahabat dipilih oleh Rasulullah SAW untuk melakukan tinjauan serta risikan mengenai tujuan dan gerakan orang orang quraisy dalam menghadapi peperangan selepas ini. Walaubagaimanapun, mereka seramai 10 orang telah dikepung oleh tentera musuh yang berkekuatan 100 orang. Mereka dihujani dengan anak anak panah dari tentera musuh menyebabkan 8 orang terbunuh. Khubaib bersama Zaid bin Disinah walaubagaimanapun terselamat dari maut. Khubaib dan zaid ditangkap oleh tentera musuh dan diseksa. Zaid diseksa dengan cara ditusuk, disula dari dubur hingga tembus ke bahagian atas badan.


Khubaib pula disalib dan diseksa dengan anak panah dan mata pedang hingga terbunuh. Sebelum diseksa, Khubaib diberi tawaran untuk dibebaskan tetapi dengan syarat dia mesti meninggalkan Rasulullah dan agama islam. Akan tetapi dengan keimanan yang tinggi, dia memilih untuk terus berada di dalam agama islam kerana percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa.


Allahhuakbar..besarnya pengorbanan para sahabat dalam menegakkan agama agung ini. Sanggup diseksa sedemikian rupa agar agama ini tetap utuh. Cuba kita sama sama renungkan adakah kita sanggup melakukan perkara yang sama bagi menjaga dan memastikan agama Allah SWT ini tidak hilang di muka bumi ini. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk kita menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada agama Allah ini. Terpulang kepada individu itu sendiri tetapi ianya mestilah berlandaskan kepada ajaran agama islam yang maha suci ini.


sekian...  
*ps: syair n kisah tu dipetik dari buku Strategi Perang Rasulullah. nanti aku buat review pasal buku nie..

Sunday, April 3, 2011

SEJARAH APRIL FOOL


Assalamualaikum....

Arini aku nak kongsi dengan korang semua mengenai april fool. Korang tau tak sejarah sebenar april fool. Ramai di Malaysia n seluruh dunia menyambut april fool tanpa mengetahui sejarah sebenar hari tersebut. Disini aku nak kongsi dengan korang mengenainya. Hayati sejarah sebenar april fool n fikirkanlah adakah patut kita

Sunday, October 31, 2010

Niat



Niat...


erm..arini aku nak kupas sikit pasal niat..maksud niat dari segi bahasa ialah kehendah hati atau tujuan manakala dari segi istilah pula ialah gerak hati melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah SWT....Kadang2 perkara kecil boleh jadi perkara besar dan perkara besar boleh jadi kecil hanya kerana niat...Niat jugak digunakan untuk membezakan sama ada perkara yang ingin dilakukan tersebut hanya kerana Allah SWT atau hanya untuk keperluan duniawi sahaja...


Dalam kuthbah jumaat yang lepas...khatib ada bagitau kenapa para ulama, imam..para hafiz, para dermawan diheret ke neraka...mereka diheret kerana segala ibadat yang dilakukan mereka tersebut bukan kerana Allah SWT sebaliknya segala yang dibuat adalah kerana untuk memenuhi tuntutan nafsu yang suka menunjuk nunjuk....mereka menjadi imam hanya kerana ingin dilabel sebagai seorang yang alim di sisi masyarakat.....begitu juga para ulama...mereka diheret kerana nak menunjuk nunjuk....para hafiz pula memperdengarkan bacaan Al-Quran kerana ingin memperdengarkan suara yang merdu....dari situ akan timbulnya perasaan riak dan niat asal akan terus terpesong... sama jugak para dermawan...mereka melakukan derma hanya kerana inginkan nama di dalam masyarakat....sama jugak la dengan orang yang suka tolong orang...tolong mak cik tua lintas jalan ke ape ke...nak2 kalau ade awek kat tepi tu...makin besar la riak dalam diri...nak tunjukkan kepada awek tu yang dia baik...padahal semua tu mesti diniatkan hanya kepada Allah SWT....


so member2 ku sekalian...semasa nak lakukan ibadat, nak tolong orang ke..nak bagi derma ke...kita perbetulkan niat kita tu hanya kerana Allah SWT.....InsyaAllah, dengan niat yang betul tu kita akan mendapat keredhaan dari Allah SWT..dan ingatlah bahawa, setiap amalam yang kita lakukan tu ada ganjarannya......

Saturday, October 30, 2010

Al kisah 2

semalam...dapat berita member baik yang duduk kat perak meninggal dunia.....dapat berita tu malam..nak pergi jauh plak rasanya..pastu tanya punya tanya, jenazah dibawak balik ke rawang...so pepagi lagi aku p ke rawang naik motor...first time kot aku kluar rumah naik motor sejauh tu...tapi sebab member baik punye pasal...aku tahan jugak untuk tengok jenazah die untuk kali yang terakhir...nak cakap sedih tu memang la kan...tapi kalo fikir balik...tu semua fitrah alam...nangis kluar air mata darah sekali pon..yang pergi tetap pergi jugak....so, tengah hari tu..jenazah dibawak ke masjid untuk disolatkan selepas solat jumaat...sayu je tengok wajah die semalam...member baik dah pergi untuk selama lamanya...xpela...tu semua takdir.... waris dia bagitau yang arwah nie kemalangan motosikal kat kampar...eksiden dengan kereta...arwah meninggal time dibawak ke hospital...hurm.....yang pergi tetap pergi...lepas selesai semua urusan kat sana...dalam kul 3 lebih mcm tu..aku pon bertolak balik.....sampai2 rumah je...trus tertidur..huhuhu..letih...tapi tu la...time odw balik n pergi ke rumah arwah tu...asyik dok fikir pasal die je.....last2 kluar gak air mata nie....huhuhu....sebak jugak la...tapi sekejap je....huhuhu...xpela...semoga die ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Al fatihah..


malam tadi lepas solat...dapat plak 1 mesej dari akak angkat.....die bgtau yang kepala die akan dioperate pada hari isnin nie sebab barah otak...aritu die dah bagitau yang die kene barah otak...tapi tak tau bile nak operate...then semalam lepas akak bgtau...aku tengok calendar...hari isnin nie bersamaan 1 nov... 1 nov tu besday akak......hurm.....lepas dapat msj tu..aku trus solat hajat supaya semua akan selamat......n aku harapkan semua berjalan dengan lancar la.... huhuhu...


tak tau nak taip ape lagi....mood blur..huhuhu

Friday, September 10, 2010

15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”



6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.




12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.




13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.




Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

An Nisa 1

Sunday, September 5, 2010

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Keempat Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kesebelas Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam. 

Saturday, September 4, 2010

Temuduga Tertutup

TEMUDUGA TERTUTUP

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.



TARAF JAWATAN (Untuk Semua Jawatan A, B dan C)TETAP



EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas Untuk Jawatan A Sahaja):
1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.



TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masasecara ADHOC bermula dari saat membaca IKLAN ini.



LOKASI TEMUDUGA: Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).



KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuklah sijil2 saham di Bursa Saham dan saham internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes Bongkok atau Kad Kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal sahaja iaitu : Iman dan Amalserta Sedekah Jariah sebagai sokongan.



PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.



ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?



CARA MEMOHON:Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akanberlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..x smp 5 minit..pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Luasnya Neraka


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...