Saturday, July 30, 2011

Sambutan Hari Pahlawan & Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum.....

Dah lama benar aku tak update blog nie disebabkan kesibukan dan juga keadaan yang tak mengizinkan aku umtuk meng"update" blog nie...

Mungkin ramai yang terlepas pandang tarikh 31 Julai setiap tahun. Kenapa dengan tarikh tersebut? untuk pengetahuan anda semua, pada tarikh tersebut adalah merupakan tarikh sambutan Hari Pahlawan. Ia diadakan bagi mengingati para pejuang tanah air yang gugur semasa era darurat dahulu. Mungkin korang masih ingat semasa sekolah dahulu ada kutipan Hari Pahlawan. Kutipan tersebut disalurkan kepada para pahlawan dan keluarga mereka.

Para pahlawan negara tidak kira latar belakang agama dan bangsa sama - sama menabur bakti dan menggadaikan nyawa demi melihat negara kita ini bebas dan aman seperti sekarang. Berapa ramai diantara mereka yang terkorban dan cacat kerana terlibat dalam pelbagai operasi melawan keganasan suatu ketika dahulu. Ada di kalangan pahlawan negara serta keluarga mereka sekarang ini hidup dalam serba kedaifan.

Betapa beruntungnya kita dapat hidup dalam keadaan aman seperti sekarang ini. Berapa ramaikah diantara kita yang mengenang dan mengingati jasa jasa mereka ini??? Adakah nasib mereka ini terbela setelah menyerahkan jiwa mereka kepada negara semata mata ingin melihat negara tercinta ini bebas dari anasir anasir yang tidak diingini.

Marilah sama - sama kita mengenang kembali jasa para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi anak bangsa dan agama yang tercinta. Negara tercinta ini dibina dengan darah dan pengorbanan oleh mereka. Tanpa mereka semua kita tidak akan hidup dalam keadaan harmoni seperti hari ini. Jasa dan pengorbanan mereka tiasa galang gantinya.

"Dengan sesungguhnya mengaku dan bersetuju bahawasanya saya akan menumpukan segala taat setia yg sejati kebawah duli yang maha mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan kepada negara dan bahawasanya saya akan menunaikan kewajipan saya dengan hati yg tulus ikhlas dan setia dan mempertahankan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan negara drpd segala musuh dan saya akan taat dan patuh terhadap segala titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang diperintahkan keatas saya"

GEMPUR WIRA!!!!!
Al-Fatihah kepada para pahlawan beragama islam..
P/S: Sambutan Hari Pahlawan akan diadakan esok di Dataran Pahlawan. Orang ramai dijemput hadir.

Ramadhan Al Mubarak..

Esok juga merupakan hari paling bermakna bagi semua umat islam. Ini kerana esok merupakan hari dimana anak bulan akan dicerap dan insyaAllah jika anak bulan dapat dilihat kita semua akan mula berpuasa pada 1 Ogos ini iaitu jatuh pada hari isnin. So selamat menjalani ibadah puasa kepada semua member2 beragama islam ye. Semoga kita semua dapat memenuhkan bulan yang mulia tu dengan amalan2 yang diberkati oleh Allah SWT

Sekian....

.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...