Showing posts with label TLDM. Show all posts
Showing posts with label TLDM. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional

Assalamualaikum... Selamat pagi semua...



Ada sedikit info untuk korang yang meminati hal ehwal ATM khususnya die hard fans TLDM serta kepada yang meminati bidang higrografi. Dimaklumkan bahawa pada 30 Jun hingga 1 Julai ini iaitu esok hingga ahad akan diadakan Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional di

Sunday, June 17, 2012

Temuduga Terbuka Tentera Laut Diraja Malaysia


Assalamualaikum....


Flight Deck Crew




Merujuk perkara di atas, saya dengan sukacitanya...cewahh...dah macam tulis surat rasmi la pulak kan...hahaha... oklah back to the main topic... Nie ade info yang aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) akan mengadakan Temuduga Terbuka Perajurit Muda bagi lelaki dan wanita bagi intake 207/2012. Ini adalah bagi jawatan lain lain pangkat untuk pelbagai bidang dan kepakaran. So kepada yang berminat korang boleh la menghadiri temuduga tersebut di pusat pusat yang telah disediakan.. Sebelum tu jom kita tengok kelayakan yang diperlukan bagi menghadiri temuduga tersebut..

Saturday, March 31, 2012

Temuduga Terbuka Perajurit Muda TLDM

Assalamualaikum....


Flight Deck Crew




Merujuk perkara di atas, saya dengan sukacitanya...cewahh...dah macam tulis surat rasmi la pulak kan...hahaha... oklah back to the main topic... Nie ade info yang aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) akan mengadakan Temuduga Terbuka Perajurit Muda bagi lelaki dan wanita bagi intake 207/2012. Ini adalah bagi jawatan lain lain pangkat untuk pelbagai bidang dan kepakaran. So kepada yang berminat korang boleh la menghadiri temuduga tersebut di pusat pusat yang telah disediakan.. Sebelum tu jom kita tengok kelayakan yang diperlukan bagi menghadiri temuduga tersebut..

Monday, December 19, 2011

LIMA 2011 ( 2 )

Assalamualaikum....


Nie merupakan sambungan dari entry yang lepas mengenai LIMA 2011... Jom sama sama kita layan...






Saturday, July 30, 2011

Sambutan Hari Pahlawan & Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum.....

Dah lama benar aku tak update blog nie disebabkan kesibukan dan juga keadaan yang tak mengizinkan aku umtuk meng"update" blog nie...

Mungkin ramai yang terlepas pandang tarikh 31 Julai setiap tahun. Kenapa dengan tarikh tersebut? untuk pengetahuan anda semua, pada tarikh tersebut adalah merupakan tarikh sambutan Hari Pahlawan. Ia diadakan bagi mengingati para pejuang tanah air yang gugur semasa era darurat dahulu. Mungkin korang masih ingat semasa sekolah dahulu ada kutipan Hari Pahlawan. Kutipan tersebut disalurkan kepada para pahlawan dan keluarga mereka.

Para pahlawan negara tidak kira latar belakang agama dan bangsa sama - sama menabur bakti dan menggadaikan nyawa demi melihat negara kita ini bebas dan aman seperti sekarang. Berapa ramai diantara mereka yang terkorban dan cacat kerana terlibat dalam pelbagai operasi melawan keganasan suatu ketika dahulu. Ada di kalangan pahlawan negara serta keluarga mereka sekarang ini hidup dalam serba kedaifan.

Betapa beruntungnya kita dapat hidup dalam keadaan aman seperti sekarang ini. Berapa ramaikah diantara kita yang mengenang dan mengingati jasa jasa mereka ini??? Adakah nasib mereka ini terbela setelah menyerahkan jiwa mereka kepada negara semata mata ingin melihat negara tercinta ini bebas dari anasir anasir yang tidak diingini.

Marilah sama - sama kita mengenang kembali jasa para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi anak bangsa dan agama yang tercinta. Negara tercinta ini dibina dengan darah dan pengorbanan oleh mereka. Tanpa mereka semua kita tidak akan hidup dalam keadaan harmoni seperti hari ini. Jasa dan pengorbanan mereka tiasa galang gantinya.

"Dengan sesungguhnya mengaku dan bersetuju bahawasanya saya akan menumpukan segala taat setia yg sejati kebawah duli yang maha mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan kepada negara dan bahawasanya saya akan menunaikan kewajipan saya dengan hati yg tulus ikhlas dan setia dan mempertahankan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan negara drpd segala musuh dan saya akan taat dan patuh terhadap segala titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang diperintahkan keatas saya"

GEMPUR WIRA!!!!!
Al-Fatihah kepada para pahlawan beragama islam..
P/S: Sambutan Hari Pahlawan akan diadakan esok di Dataran Pahlawan. Orang ramai dijemput hadir.

Ramadhan Al Mubarak..

Esok juga merupakan hari paling bermakna bagi semua umat islam. Ini kerana esok merupakan hari dimana anak bulan akan dicerap dan insyaAllah jika anak bulan dapat dilihat kita semua akan mula berpuasa pada 1 Ogos ini iaitu jatuh pada hari isnin. So selamat menjalani ibadah puasa kepada semua member2 beragama islam ye. Semoga kita semua dapat memenuhkan bulan yang mulia tu dengan amalan2 yang diberkati oleh Allah SWT

Sekian....

.

Thursday, April 21, 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-2 PENGISYTIHARAN LUMUT BANDAR TENTERA LAUT DAN PAMERAN MARITIM



Assalamualaikum...


pengumuman pengumuman.....hehehe... Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-2 Pengisytiharan Lumut Bandar Tentera Laut pada 24 April 2011. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut adalah Pameran Maritim oleh unit-unit TLDM  seperti Pasukan Khas Laut dari KD PANGLIMA HITAM, Unit Udara TLDM atau Markas Udara, Pusat Hidrografi Nasional, Persatuan Perahu Layar TLDM, KD DUYONG atau Pusat Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM dan beberapa unit dan persatuan lain dari TLDM. Selain daripada unit dari TLDM, antara agensi luar yang akan turut serta dalam Pameran Maritim ini ialah Akademi Laut Malaysia (ALAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut, Pasukan Gerak Malaysia (PGM) dan Malaysian International Shipping Corporation atau MISC.   




Maklumat lengkap:



AKTIVITI SAMBUTAN BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-2 PERISYTIHARAN LUMUT SEBAGAI BANDAR TENTERA LAUT

22 Apr 11 (Jumaat)

3.00 ptg - 4.30 ptg
Perasmian oleh YAB Menteri Besar Perak diikuti gimik dan persembahan kawad senyap TLDM, seterusnya lawatan MB ke pameran
Dataran Lumut

4.30 ptg - 10.00 mlm
Pameran Maritim
Dataran Lumut

8.30 mlm
Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm
Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM
Dataran Lumut

23 Apr 11 (Sabtu)

10.00 pg - 10.00 mlm
Pameran Maritim
Dataran Lumut

4.30 ptg -6.00 ptg
Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)
-  Pencak Silat.
- Taekwondo.
- Judo.
- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

8.30 mlm - 9.00 mlm
Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm
Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM
Dataran Lumut
24 Apr 11 (Ahad)

10.00 pg - 4.00 ptg
Pameran Maritim
Dataran Lumut

11.00 pg - 12.30 tgh hari
hingga 4 ptg
Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)
-  Pencak Silat.
- Taekwondo.
- Judo.
- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

So kepada korang yang meminati dunia ketenteraan khususnya TLDM, korang boleh datang untuk mendekati dan memahami dengan lebih jelas peranan serta tugas yang dilakukan oleh TLDM. Ini antara peluang keemasan untuk korang. So datanglah memeriahkan majlis, sure korang takkan rugi..


sekian....


* sumber dari Dzirhan Mahadzir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...