Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Mahasewel Hina Sultan Johor

Assalamualaikum....


Nie aku nak kongsi pasal kebiadapan sorang mahasewel yang menghina Sultan Johor.. Aku tak tau ape motif dia sedangkan dalam rukun negara sendiri ade menyebut " Kesetiaan Kepada Raja dan Negara". Aku taknak cakap banyak... Sama sama kita tengok ape yang mahasewel nie cakap pada Tuanku Sultan Johor.

Monday, May 28, 2012

Senarai Nama Pemenang No Pendaftaran Siri WWW

Assalamualaikum...


Entry kali nie aku nak kongsi senarai nama pemenang no pendaftaran bagi siri WWW... Aku dapat senarai nie dari Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Terengganu.... So jom kita tengok senarainya...


Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya

SIRI NOMBOR  NAMA PEMOHON                                    NO.KP                    HARGA


WWW 1          D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR             5621                   520000.00
WWW 2          JUBILEE HARMONI SDN BHD                      24-V                   165000.00

Wednesday, April 11, 2012

Pertanyaan Mengenai Tsunami Di Acheh

Assalamualaikum...


Nie last update untuk malam nie.. kepada sesape yang nak tau berita pasal sanak saudara di Acheh korang boleh call no nie - Bilik Gerakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Medan beroperasi 24 jam dan boleh dihubungi melalui talian +62614531342/+62614535271/+62614523992. Terima kasih


Sekian...

Update Terbaru - Paras kedalaman air

Assalamualaikum...

Nie ade update terbaru dari Pacific Tsunami Warning Centre mengenai paras air laut di beberapa kawasan...

Data lengkap mengenainya..

Amaran Tsunami Ditarik Balik

Assalamualaikum...

Syukur alhamduillah amaran dah ditarik balik... tapi ingat macam2 boleh berlaku... so sentiasa berada dalam keadaan standby untuk beberapa ketika sehingga disahkan betul2 bebas dari ancaman Tsunami.. malam masih muda... macam2 boleh terjadi atas kehendakNya.. :)

Sekian...

Update lagi baru!!!

Assalamualaikum....

Nie ade update lagi baru dari Pacific Tsunami Warning Centre iaitu amaran awal tsunami telah ditarik balik...

Update Terbaru dari PTWC

Assalamualaikum..

nie ade update terbaru dari Pacific Tsunami Warning Centre..


TSUNAMI BULLETIN NUMBER 005
PACIFIC TSUNAMI WARNING CENTER/NOAA/NWS
ISSUED AT 1151Z 11 APR 2012

THIS BULLETIN IS FOR ALL AREAS OF THE INDIAN OCEAN.

Kawasan Jangkaan



Video Tsunami kat Indonesia

video Tsunami kat Indonesia tadi





sorry....video atas dah kene remove...huhuhu

Gempa Bumi!!

Assalamualaikum...

Gempa bumi baru je berlaku tadi....aku pon rasa jugak gegarannya.... Baru jejak kaki ke tanah, ingatkan pening rupanya gempa. dilaporkan gempa sekuat 8.9 skala richter. Amaran tsunami juga dikeluarkan.


Banduan Larikan Diri

Assalamualaikum...






Minta perhatian kepada semua supaya sesiapa yang mengenali atau ternampak suspek ini yang


 berjaya meloloskan diri daripada Lokap Mahkamah Jalan Duta, Sentul, Kuala Lumpur tampil 


segera memberikan maklumat di mana-mana balai polis yang berhampiran.

Thursday, March 29, 2012

Pengenalan dan Cara Menghadapi "Fire Bander"

Assalamualaikum....


Selamat malam semua.... Tajuk malam nie panas sikit... Kenapa topik malam nie panas? panas kerana ianya melibatkan api.... Apikan panas...hehehe.. Okeh jom kita sama sama tengok berkenaan dengan topik malam ini... Ermmm okeh malam nie aku nak kongsi pengalaman berkenaan dengan kebakaran. Ape itu kebakaran? Korang nak tau maksud die? korang bukak la kamus Dewan Bahasa ye....huhuhu... 

Monday, March 26, 2012

Earth Hour 2012



Assalamualaikum....

Malam nie aku nak mengomel pasal Earth Hour... ape itu Earth Hour? mungkin ramai yang dah tau ape itu Earth Hour kan? Earth Hour sebenarnya adalah sambutan yang diadakan di seluruh dunia sebagai salah satu

Saturday, March 24, 2012

Blog Bersawang....

Assalamualaikum...


Hehehehe.... Akhirnya setelah hampir 3 bulan tak update arini dapat jugak aku jenguk n update blog aku nie.... huhuhu, bukan taknak update tapi terlampau sibuk dengan kerja - kerja yg memang sentiasa berlambak.... sabo jelah ye... kan best kalo ade PA, ringan sikit beban tu....huhuhu... Selain sibuk dengan tugas, memburukkan lagi keadaan ialah aku lupa password blog nie...hahaha.... jenuh try tapi still tak boleh access akaun nie... mati kutu jadinya.... Setelah lama bersabar akhirnya semalam terbit sinar baru bile aku rocover balik akaun nie... ingatkan susah tapi senang je (RESET PASSWORD)....nape la dari dulu aku terlupa cara nie ye...huhuhu...

Sunday, December 25, 2011

26 Disember

Assalamualaikum....

Ingat tak lagi korang semua dengan tarikh 26 Disember 2004? mesti korang ingat kan... Antara tragedi alam terbesar yang terjadi di muka bumi ini... Hampir 300,000 orang maut dalam tragedi ini.. Negara kita juga tidak terkecuali dari terkena tempias, antaranya di Kuala Muda Kedah... So esok genap la 7 tahun tragedi ini berlalu.. Sama - sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua umat islam yang terkorban... Al-Fatihah...

Tuesday, December 20, 2011

Monday, November 7, 2011

Bangunan Tinggi di Gong Kedak

Assalamualaikum....



Cuba korang tengok bangunan kat atas tu...Bangunan tu still dalam pembinaan lagi... Ketinggiannya dalam 3 tingkat n kalo dilihat maybe akan lagi tinggi lepas siap nanti... Ape yang jadi persoalannya ialah ianya berhampiran dengan Pangkalan Udara Gong Kedak betul2 bersebelahan dengan pagar Pangkalan...

Sunday, November 6, 2011

Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA RAKAN2 BLOGGER... SAMA SAMA KITA MENGHAYATI ERTI SEBUAH PENGORBANAN.

Sekian....

Saturday, July 30, 2011

Sambutan Hari Pahlawan & Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum.....

Dah lama benar aku tak update blog nie disebabkan kesibukan dan juga keadaan yang tak mengizinkan aku umtuk meng"update" blog nie...

Mungkin ramai yang terlepas pandang tarikh 31 Julai setiap tahun. Kenapa dengan tarikh tersebut? untuk pengetahuan anda semua, pada tarikh tersebut adalah merupakan tarikh sambutan Hari Pahlawan. Ia diadakan bagi mengingati para pejuang tanah air yang gugur semasa era darurat dahulu. Mungkin korang masih ingat semasa sekolah dahulu ada kutipan Hari Pahlawan. Kutipan tersebut disalurkan kepada para pahlawan dan keluarga mereka.

Para pahlawan negara tidak kira latar belakang agama dan bangsa sama - sama menabur bakti dan menggadaikan nyawa demi melihat negara kita ini bebas dan aman seperti sekarang. Berapa ramai diantara mereka yang terkorban dan cacat kerana terlibat dalam pelbagai operasi melawan keganasan suatu ketika dahulu. Ada di kalangan pahlawan negara serta keluarga mereka sekarang ini hidup dalam serba kedaifan.

Betapa beruntungnya kita dapat hidup dalam keadaan aman seperti sekarang ini. Berapa ramaikah diantara kita yang mengenang dan mengingati jasa jasa mereka ini??? Adakah nasib mereka ini terbela setelah menyerahkan jiwa mereka kepada negara semata mata ingin melihat negara tercinta ini bebas dari anasir anasir yang tidak diingini.

Marilah sama - sama kita mengenang kembali jasa para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi anak bangsa dan agama yang tercinta. Negara tercinta ini dibina dengan darah dan pengorbanan oleh mereka. Tanpa mereka semua kita tidak akan hidup dalam keadaan harmoni seperti hari ini. Jasa dan pengorbanan mereka tiasa galang gantinya.

"Dengan sesungguhnya mengaku dan bersetuju bahawasanya saya akan menumpukan segala taat setia yg sejati kebawah duli yang maha mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan kepada negara dan bahawasanya saya akan menunaikan kewajipan saya dengan hati yg tulus ikhlas dan setia dan mempertahankan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan negara drpd segala musuh dan saya akan taat dan patuh terhadap segala titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang diperintahkan keatas saya"

GEMPUR WIRA!!!!!
Al-Fatihah kepada para pahlawan beragama islam..
P/S: Sambutan Hari Pahlawan akan diadakan esok di Dataran Pahlawan. Orang ramai dijemput hadir.

Ramadhan Al Mubarak..

Esok juga merupakan hari paling bermakna bagi semua umat islam. Ini kerana esok merupakan hari dimana anak bulan akan dicerap dan insyaAllah jika anak bulan dapat dilihat kita semua akan mula berpuasa pada 1 Ogos ini iaitu jatuh pada hari isnin. So selamat menjalani ibadah puasa kepada semua member2 beragama islam ye. Semoga kita semua dapat memenuhkan bulan yang mulia tu dengan amalan2 yang diberkati oleh Allah SWT

Sekian....

.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...