Showing posts with label Military. Show all posts
Showing posts with label Military. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional

Assalamualaikum... Selamat pagi semua...



Ada sedikit info untuk korang yang meminati hal ehwal ATM khususnya die hard fans TLDM serta kepada yang meminati bidang higrografi. Dimaklumkan bahawa pada 30 Jun hingga 1 Julai ini iaitu esok hingga ahad akan diadakan Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional di

Sunday, June 17, 2012

Temuduga Terbuka Tentera Laut Diraja Malaysia


Assalamualaikum....


Flight Deck Crew




Merujuk perkara di atas, saya dengan sukacitanya...cewahh...dah macam tulis surat rasmi la pulak kan...hahaha... oklah back to the main topic... Nie ade info yang aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) akan mengadakan Temuduga Terbuka Perajurit Muda bagi lelaki dan wanita bagi intake 207/2012. Ini adalah bagi jawatan lain lain pangkat untuk pelbagai bidang dan kepakaran. So kepada yang berminat korang boleh la menghadiri temuduga tersebut di pusat pusat yang telah disediakan.. Sebelum tu jom kita tengok kelayakan yang diperlukan bagi menghadiri temuduga tersebut..

Thursday, April 19, 2012

Nak jadi Bodyguard Profesional Tak?

Assalamualaikum.....

Ini ada berita baik buat sesape yang nak jadi bodyguard secara profesional. Untuk pengetahuan korang pihak CPPTS akan mengadakan Kursus Pengenalan Pengiring Orang Kenamaan (POK) Tahap 1 Siri 3/2012 pada 19 hingga 23 Mei 2012. Program latihan selama 5 hari 4 malam ini akan diadakan di Kem Delta Komasir Jugra Banting Selangor. Kos penyertaan RM 2000 sahaja. Berminat untuk menyertainya?. Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai

Saturday, March 31, 2012

Temuduga Terbuka Perajurit Muda TLDM

Assalamualaikum....


Flight Deck Crew




Merujuk perkara di atas, saya dengan sukacitanya...cewahh...dah macam tulis surat rasmi la pulak kan...hahaha... oklah back to the main topic... Nie ade info yang aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) akan mengadakan Temuduga Terbuka Perajurit Muda bagi lelaki dan wanita bagi intake 207/2012. Ini adalah bagi jawatan lain lain pangkat untuk pelbagai bidang dan kepakaran. So kepada yang berminat korang boleh la menghadiri temuduga tersebut di pusat pusat yang telah disediakan.. Sebelum tu jom kita tengok kelayakan yang diperlukan bagi menghadiri temuduga tersebut..

Wednesday, December 21, 2011

Airman Of The Year

Assalamualaikum....


Entry nie ditujukan khas kepada kawan baik aku yang juga merupakan aircrew Sukhoi kerana telah dianugerahkan Airman Of The Year kategori Kpl U kebawah.... Tahniah aku ucapkan kepada Norafiszal Sabuan / wak jibeng di atas penganugerahan tersebut... dan tahniah jugak kepada semua penerima anugerah Airman Of The Year.... Semoga anda semua meneruskan kecemerlangan yang telah ditunjukkan ini... Anugerah ini telah berlangsung di Pangkalan Udara Subang....

Monday, December 19, 2011

LIMA 2011 ( 2 )

Assalamualaikum....


Nie merupakan sambungan dari entry yang lepas mengenai LIMA 2011... Jom sama sama kita layan...






Friday, December 16, 2011

TATOO TENTERA DARAT

Assalamualaikum...


Kepada yang berminat untuk menonton persembahan tatoo Tentera Darat korang boleh la berkunjung ke PUSASDA di Port Dickson bersempena dengan Pameran Kerjaya dan Tattoo Tentera Darat 2011. Butir butir program seperti di bawah:

Thursday, December 15, 2011

LIMA 2011

Assalamualaikum......

Jom layan gambo2 LIMA 2011... Banyak lagi yg belum edit.... Nie aku tampal mane yang dah siap edit k.... Enjoy....

Monday, November 7, 2011

Bangunan Tinggi di Gong Kedak

Assalamualaikum....



Cuba korang tengok bangunan kat atas tu...Bangunan tu still dalam pembinaan lagi... Ketinggiannya dalam 3 tingkat n kalo dilihat maybe akan lagi tinggi lepas siap nanti... Ape yang jadi persoalannya ialah ianya berhampiran dengan Pangkalan Udara Gong Kedak betul2 bersebelahan dengan pagar Pangkalan...

Friday, October 28, 2011

Farawahida - Menerjah Awan

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar lagu nie? hehehe...nie antara lagu feveret aku.. lagu nie amat amat bermakna bagi aku.... nak tau kenapa amat amat bermakna kepada aku? hayatilah lagu nie n korang akan tau...hehehehe




Tiada jalan yang mudah
Tuju cita-cita
Selama kaki melangkah
Dugaan menderap
Untuk miliki sesuatu yang berharga
Harus berani yakin dan tabah
Menghadapi segala

Sunday, October 23, 2011

Lagi 3 hari Mau Balikkkk

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog aku nie...dah bersawang kot...haha...ermm lagi 3 hari aku akan balik ke Terengganu... hampir 2 bulan aku tak dengar deruan enjin Sukhoi... Rindu sehh.... satu lagi berita yang aku dapat. Ini KHAS UNTUK PEMINAT SUKHOI, pada Pameran LIMA nanti, No11 SQN akan menyediakan cenderahati istimewa buat semua peminat - peminat Sukhoi. so apelagi, datanglah beramai - ramai ke booth pada Pameran LIMA 2011 nanti. LIMA akan berlangsung pada 6 hingga 10 Disember ini.


Sekian...

p/s: cenderahati tu limited. so don't miss it...

Thursday, April 21, 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-2 PENGISYTIHARAN LUMUT BANDAR TENTERA LAUT DAN PAMERAN MARITIM



Assalamualaikum...


pengumuman pengumuman.....hehehe... Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-2 Pengisytiharan Lumut Bandar Tentera Laut pada 24 April 2011. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut adalah Pameran Maritim oleh unit-unit TLDM  seperti Pasukan Khas Laut dari KD PANGLIMA HITAM, Unit Udara TLDM atau Markas Udara, Pusat Hidrografi Nasional, Persatuan Perahu Layar TLDM, KD DUYONG atau Pusat Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM dan beberapa unit dan persatuan lain dari TLDM. Selain daripada unit dari TLDM, antara agensi luar yang akan turut serta dalam Pameran Maritim ini ialah Akademi Laut Malaysia (ALAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut, Pasukan Gerak Malaysia (PGM) dan Malaysian International Shipping Corporation atau MISC.   




Maklumat lengkap:



AKTIVITI SAMBUTAN BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-2 PERISYTIHARAN LUMUT SEBAGAI BANDAR TENTERA LAUT

22 Apr 11 (Jumaat)

3.00 ptg - 4.30 ptg
Perasmian oleh YAB Menteri Besar Perak diikuti gimik dan persembahan kawad senyap TLDM, seterusnya lawatan MB ke pameran
Dataran Lumut

4.30 ptg - 10.00 mlm
Pameran Maritim
Dataran Lumut

8.30 mlm
Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm
Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM
Dataran Lumut

23 Apr 11 (Sabtu)

10.00 pg - 10.00 mlm
Pameran Maritim
Dataran Lumut

4.30 ptg -6.00 ptg
Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)
-  Pencak Silat.
- Taekwondo.
- Judo.
- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

8.30 mlm - 9.00 mlm
Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm
Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM
Dataran Lumut
24 Apr 11 (Ahad)

10.00 pg - 4.00 ptg
Pameran Maritim
Dataran Lumut

11.00 pg - 12.30 tgh hari
hingga 4 ptg
Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)
-  Pencak Silat.
- Taekwondo.
- Judo.
- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM
Dataran Lumut

So kepada korang yang meminati dunia ketenteraan khususnya TLDM, korang boleh datang untuk mendekati dan memahami dengan lebih jelas peranan serta tugas yang dilakukan oleh TLDM. Ini antara peluang keemasan untuk korang. So datanglah memeriahkan majlis, sure korang takkan rugi..


sekian....


* sumber dari Dzirhan Mahadzir

Thursday, March 24, 2011

Hari Terbuka Pangkalan Udara Kuantan (sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang ) (gambar)



Assalamualaikum.....


Seperti yang dijanjikan, entry nie adalah untuk gambar gambar sempena Hari Terbuka Pangkalan Udara Kuantan. Gambar nie baru diletakkan coz sibuk sangat. So malas nak cakap banyak, jom kita layan gambar gambar yang di snap oleh member menber aku.



Aermachhi MB-339CM



F/A 18D Hornet




MiG 29N "FULCRUM"



HAWK 108/208


Su-30 MKM "FLANKER"

Pasukan Kompang "CENDERAWASIH" didatangkan khas dari Pangkalan Udara Gong Kedak



Nuri




F5E

C 130 




* aku tak dapat pergi coz ada hal time tu...huhuhu
* kredit to megat, jijan, shepherd untuk semua gambar..
* laporang untuk Hari Terbuka nie korang boleh klik kat SINI

Saturday, March 19, 2011

Hari Terbuka Pangkalan Udara Kuantan (sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang ) update

Assalamualaikum.....


Seperti yang dijanjikan, malam nie aku nak update pasal Hari Terbuka PU Kuantan. Seperti yang semua tahu, Hari Terbuka nie telah diadakan pada hari sabtu lepas iaitu pada 12 Mac 2011. Seperti yang dijangkakan, Hari Terbuka kali ini memang lebih hebat dari versi tahun lepas yang juga berlangsung di pangkalan yang sama. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan semasa hari terbuka ini berlangsung dan yang paling paling ditunggu tunggu oleh pengunjung semestinya segmen pertunjukan udara yang dilakukan oleh skuadron skuadron yang terdapat dalam TUDM. Pertunjukan udara dilakukan oleh pesawat pesawat seperti Su-30 MKM, F/A 18 Hornet, MiG 29N, Hawk 108/208, Ammerchi MB339 CM selain demo dari anggota anggota PASKAU yang menggunakan helikopter NURI. Selain pertunjukan udara, pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat kesemua pesawat pesawat TUDM di segmen pameran statik selain dapat beramah mesra dengan juruterbang juruterbang yang terdapat di setiap booth skuadron. 


Keterujaan pengunjung dapat dilihat kerana walaupon keadaan di sekitar Kuantan pada ketika itu dalam keadaan lembab kerana dilanda hujan, ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat pengunjung untuk terus berada di sana bagi melihat sendiri kesemua aset aset yang dimiliki oleh TUDM. Keadaan ini menyebabkan para anggota yang terlibat dalam Hari Terbuka ini merasakan kerja kerja persiapan dan latihan yang mereka lakukan untuk Hari Terbuka ini dihargai oleh semua pengunjung. Ini merupakan salah satu sebab kenapa Hari Terbuka kali ini lebih meriah dan hebat dari edisi yang sebelumnya. 


"Thank you to all military enthusiasts who keep on supporting us and push us into being the best for the country...your never-ending enthusiasm is what makes us proud to be the best"


Ayat di atas adalah dari seorang juruterbang berpengalaman negara iaitu Mej Azman Jantan callsign Mantan. Mej Azman adalah merupakan salah seorang juruterbang pesawat pejuang Su-30 MKM. Ayat itu sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana perasaan beliau apabila melihat sambutan dan sokongan para pengunjung terhadap Hari Terbuka kali ini.


 Sokongan anda semua amat kami perlukan bukan sahaja dalam pertunjukan sebegini tetapi juga dalam semua kerja yang kami lakukan. Sokongan anda akan membuatkan kami lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas tugas yang mencabar dalam menjaga kedaulatan ruang udara negara dari dicerobohi oleh anasir anasir yang cuba untuk mengucar kacirkan pertahanan negara. Anda adalah tunjang kekuatan kami.


ermm...tu je nak cakap time nie. Untuk gambar nanti aku upload ye...Time nie internet tenat sangan...hahahaha...bubye...hehehe


Sekian.....

Friday, March 18, 2011

WORLD INVASION : BATTLE OF L.A

Assalamualaikum...






Semalam aku n my buddy sempat tengok movie WORLD INVASION : BATTLE OF L.A ....bagi aku cite nie best la... kalo bagi rating tu aku bagi 9/10....cerita fiksyen tapi penggunaan senjata dalam movie nie menggunakan sepenuhnya senjata yang wujud kat dunia....kira diorang tak guna special weapon untuk lawan alien tu..just guna senjata yang biasa digunakan oleh pihak tentera/keselamatan di seluruh dunia...yang aku perasan diorang guna M4, 50 cal, pelancar roket tembak buang, GLTD ( Ground Laser Target Designator ) dan mesingan kegunaan am...




rasa nak pegi tengok lagi arini.....muahahaha...tak puas hati... ermm..tu jela nak mengarut...sape2 yang minat cite perang macam nie pergi la tengok...tak rugi....


Sekian....

Wednesday, March 9, 2011

Hari Terbuka Pangkalan Udara Kuantan (sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang )




Assalamualaikum.....



Dah lama tak update blog nie... erm pada hari sabtu nie bertempat di PU Kuantan akan diadakan hari terbuka pangkalan..pelbagai aktiviti diadakan antaranya persembahan akrobatik dari "isteri" aku ( Su30 MKM )...hehehe... ciksu akan wat performance macam kat LIMA...so ape lagi...rebut peluang nie...bukan senang nak tengok isteri aku nie menari kat udara...hehehe...Dimaklumkan jugak hari terbuka nie lebih grand dari yang sebelumnya...maklumat lengkap mengenai hari terbuka boleh tengok kat bawah:



Tempat : Pangkalan Udara Kuantan
Masa    : 0900 - 1700 Hour
Tarikh   : 12 Mac 2011
Aktiviti: : Penyempurnaan Hari Terbuka TUDM oleh KDYMM Sultan Pahang
                   Pertunjukan Udara
                   Pertunjukan Pancaragam TUDM
                   Tapak Pameran
                   Pertunjukan Pesawat Statik
                   Pemilihan Perajurit Muda




Hari Terbuka nie jugak adalah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang....so jangan lepaskan peluang nie...bukan senang nak masuk pangkalan kalo hari2 biasa... kalo ade peluang boleh kita jumpa kat sana nanti....hehehe...






Sekian...

Friday, February 4, 2011

OPS PIRAMID

Assalamualaikum...


Ops Piramid adalah satu misi yang dilancarkan oleh pihak kerajaan sebagai reaksi segera kepada ketidakstabilan politik yang berlaku di Mesir kini. Ops ini dilancarkan bagi membawa pulang semua rakyat Malaysia di sana. Ops ini melibatkan 3 buah pesawat C130 H milik TUDM melibatkan 9 set aircrew 50 orang ground crew dibantu oleh kapal Bunga Mas 5 yang sebelum ini bertugas di Teluk Aden. Selain itu pihak MAS serta AIRASIA juga turut membantu dalam Ops ini. Sehingga kini ketiga tiga pesawat TUDM masih lagi berada di Abu Dhabi kerana tidak mendapat clearence dari pihak berkuasa untuk mendarat di Jeddah. 


Diharap misi yang dijalankan ini akan berjalan seperti yang dirancangkan. Dimaklumkan juga kesemua pesawat TUDM akan menjalankan kira kira 80 lebih sortie bagi memindahkan kesemua rakyat Malaysia. Misi pemindahan akan dijalankan 24 jam tanpa henti. Sama samalah kita berdoa agar anggota anggota misi serta kesemua rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT.


Sekian....

Friday, January 21, 2011

Cineplex Pangkalan Udara Gong Kedak

Assalamualaikum....


Pada 15 Jan yang lalu telah diadakan satu majlis perasmian pembukaan cineplex Pangkalan Udara Gong Kedak. cineplex ini dibuat di Dewan Serbaguna Pangkalan. Tayangan adalah setiap hari jumaat dan sabtu pada sebelah malam. Anggota anggota jugak boleh buat side income kerana pihak pangkalan membenarkan para anggota untuk membuka gerai jualan di sekitar Dewan Serbaguna tersebut. Hurm, rasanya kat daerah Besut nie takde lagi panggung so Cineplex PU Gong Kedak adalah panggung pertama di daerah ini dan jugak maybe kat negeri Terengganu kot. Sepanjang aku duduk kat Terengganu nie tak pernah aku dengar ade panggung kat negeri nie. Pape pon nie jugak merupakan satu aktiviti yang bermanfaat kepada semua penghuni PU Gong Kedak. Terima kasih diucapkan kepada Komander Pangkalan kerana mencetuskan idea yang bernas ini. 


Sekian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...