Sunday, December 19, 2010

Misi Merentas Waktu III

assalamualaikum...








seperti yang dirancangkan, pada 25 dan 26 Dis 2010 ini akan diadakan Misi Merentas Waktu III merangkumi wilayah selatan iaitu di Negeri Sembilan dan Melaka. Jika berkesempatan, negeri Johor juga akan di masukkan ke dalam senarai tempat untuk dilawati oleh anggota anggota Misi Merentas Waktu III. Misi Merentas Waktu III ini merupakan kesinambungan kepada dua Misi Merentas Waktu yang telah diadakan sebelum ini.


Tujuan misi ini dijalankan adalah bagi melawat para veteran - veteran perang semasa era penjajahan dan konfrontasi dahulu. Selain itu, anggota - anggota misi akan melawat sendiri tempat - tempat yang terlibat dengan era tersebut. Ini perlu bagi memudahkan anggota - anggota misi merasai dan membayangkan sendiri keadaan semasa era tersebut.


Update seterusnya akan dilakukan selepas misi ini selesai dijalankan. Untuk laporan Misi Merentas Waktu I dan II anda boleh klik Disini dan Disini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...